Monday, 29 November 2010

Muka Arissa tak comel dah..

Hari Sabtu lepas, muka Cha dah merah-merah teruk gitu. Actually, first jadi lepas banjir, [seperti gambar dibawah]. Tak tau apa puncanya, tapi saya syak wasangka sebab bekalan air yang kurang bersih selepas banjir. Lepas sapu cream, dah surut biji-biji tu. Tapi, hingga sekarang, belakangnya berparut, poor my Arissa.


Lepas tu balik berhari raya, saya lantak nasi lemak berlaukkan ikan aya [orang utagha panggil ikan tongkoi]. Esok paginya, muka Cha keluar bintik-bintik merah macam kena ruam gitu. Saya sapu balik cream yang doktor bagi sebab biji-biji tu. Alhamdulillah, dah kering. Tapi, kulit muka jadi kering laa plak.

Pastu, singgah balik SP umah mertua, dijamu ngan ikan terubuk bakar. Nyum-nyum laa saya ni, dah lama tak makan kan.. Esoknya, muka dan sedikit badannya keluar ruam-ruma lagi. Alaa, poor again my Arissa. Saya bawa pegi klinik cepat-cepat sebab my husband akan outstation lepas tu, doktor bg calamine lotion dan ubat makan. Tapi, makin teruk plak muka dia. Last-last semalam saya start guna balik cream tu, dan pagi ni dah kering dah radang muka dia..

Sebab salah makankah? Huhuhu, tapi, nasib baik tu jarang sekali makanan yang saya makan. Lepas ni saya takkan makan lagi.

Call a few friends regarding benda ni. Pn.Has suggest beli ezerra, [tak terbeli pun lagi] , my friend Dr. Asyura suggest guna hydrocort since saya tanya dia pasal fucicort [fucicort tak disuggestkan guna sbb ada steroid, tak sesuai utk kulit muka], last-last saya guna cream tu aja.. Cuma kulit muka dia dah gelupas-gelupas la sket, nak kena cari aquos cream laa.. agak-agak kat farmasi ada tak ek?

Cerita hari ini



Ni first entry for breastfeeding Aliya Arissa..

Alhamdulillah.. pagi ni saya dapat produce 4 x 80ml untuk adik Cha. Agaknya smlm dia kurang nenen kut. Actually, bila hari-hari bersama dia tak banyak sangat dia nenen. Sebab tu byk dpt, dan kadang2 saya boleh pam susu lagi. Tapi, kat nursery, habis je 4 botol, kadang-kadang 5 botol. Itu buat saya confius nih hehehe.. Susu badan saya ikut mood kut, kejap byk, kejap sikit. Tapi hari-hari boleh laa dapat 5 botol at least [cukup-cukup makan]. Kalau saya skip meal, memang nampak susu sket bila pam.

oleh itu, moral of the story, makan laa ikut time [terpaksa laa gemuk seketika hahaha]

Sebenarnya nak buat entry stok susu saya [sebagai peringatan untuk diri sendiri], tapi terlupa bawa kamera plak. Setakat ni dalam freezer, ada laa 20++ stok, tak terkira plak. Lupa nak tgk catatan kat tepi fridge tu.

Basically macam ni laa, time tak pegi ke mana-mana, tak berkejar ke sini ke sana.. boleh laa dapat pam 3x per day, kalau tak 2x per day je laa. takut gak suatu hari susu merudum especially bila stat cik P datang dan selepas bulan puasa menjelma. Nak beli deep freezer, macam tak byk sgt stok yg ada skg ni, kang dikatakan tidak berbaloi plak hehehe.

Sangat teringin menyusukan Cha sampai dia besar 2 tahun nanti. Semoga Allah memberi peluang ini untuk saya berbakti kepada anak saya.. Amin...

Thursday, 11 November 2010

Faces of Aliya Arissa



Anak daraku sorang ni dah masuk 3 bulan lebih. Sekejap je masa berlalu. Seronok melayan gelagat dia, tak banyak kerenah. Ibunya hanya pening melayan abang-abangnya saja. Cuma ada waktu-waktu tertentu especially malam nak lena dia akan meragam, biasa la dah seharian ditinggalkan ibu mesti la nak bermanja-manjaan dengan ibunya. Sudahnya, masak ke mana, abang-abang makan ke mana.

Yes, truly.. being a mother of 3 kids memang penat. Nak-nak semuanya below than 5yo. penat ooo.. so kali ini saya request untuk berhenti seketika dari produce anak hehehe. bagi can badan rehat sebentar, bagi can membelek anak-anak membesar.

Adik cha sekarang ni dah 5.5kg, minum susu ibunya saja [good job ibu! ~ puji diri sendiri], dah pandai nak turn badan dia meniarap tapi tak lepas-lepas. For sure, jangan tinggalkan dia sendirian di atas katil, nanti tengok-tengok dah pusing lebih dari 180 degree. Tak mahu tragedi baby jatuh katil berulang lagi. Both her abang experienced this before. Menangis-nangis saya melihat baby terjelepuk di atas lantai. Lagi haru bila yang sulung jatuh luka dan berdarah di antara gusi dan mulut sampai bengkak-bengkak bibirnya. Teringat kekalutan menjalani xray tanpa husband di sisi. Hmmm... tak sanggup rasanya mengalami keadaan tu lagi.

Next week, adik cha akan pulang ke kampung for the first time. Mak sedara tak sabar nak tengok muka comel anak sedara ini. I wonder how to have long journey with 2 heroes and baby. Mesti penat sepanjang perjalanan hehehe..

Monday, 20 September 2010

Lawatan Ke Zoo Taiping


Syawal ke 6.. Kami membawa anak-anak melawat Zoo Taiping. Hujan renyai-renyai masa tu, tapi masa sampai alhamdulillah hujan dah reda. Anak-anak seronok mula-mula sebab dapat naik train (tram).. tapi terpinga-pinga sekitar lawatan dalam zoo sebab tram tu laju sangat. tak dapat depa menghayati animals kat situ. Bila dah turun, port elephant peek yang dituju.. Afif seronok sebab dapat tengok elephant. Asyik duk ulang "pen yok" [elephant berak masa kami berhenti kat situ haha].. pastu bawak berjalan tengok African Safari, ada zebra, zirafah, ostrich, seladang.. Afif bila bercerita balik akan cerita "pen yok", "apah duduk", pastu buat bunyi "booohhh"... ni gambar-gambar di sebalik lawatan. Tak dapat bergambar banyak, sebab duk dalam tram je kan.. nak upload semua byk laa plak...


tengah tunggu turn nak naik tram

tengok flamingo

ni kandang elephant. Baby cha duduk dalam kantung itu


ni laa African Safari. Seronok sungguh bila sampai sini

Nanti-nanti bila baby Cha dah besar sikit bawak baby Cha plak. :)

Aidilfitri 2010

Hari Raya tahun ni disambut di rumah mertua. 1 Syawal, usia Aliya Arissa dah 44 hari... Horay! Ibu bleh gi jalan-jalan [padahal sebelum tu pun dah berjalan-jalan shopping raya dah hahah].. Cuma angka 44 tu hanyalah untuk mereka yang berpantang secara betul, saya bukannya pantang sangat-sangat pun huhuhu [sakit nanti padan muka sendiri!].. Tiada agenda menarik Syawal kali ni, cuma pada raya ketiga adik ipar selesai menjalani majlis pertunangannya. Tahniah ye kakak! Insya Allah semoga hubungan kalian kekal sampai masa bernikah nanti..

Bersama hubby tercinta & baby Cha
Abang kalau berposing pandai je. Afif belum pandai berposing lagi. Cuma pandai bergaduh je ngan orang heheh
Family tercinta saya bersama mentua.

Tuesday, 7 September 2010

Salam Lebaran

Assalamualaikum,

Dengan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andainya ada tersilap kata, tersalah bicara kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini. [Blog yang xde apa-apa pun hehehe]. Tak sempat nak bercerita lantaran laptop sendiri sudah rosak [huhuhu RM plak dah!]dan juga kekangan masa. Yang penting, baju raya dah siap dibeli hehehe [sempat shopping lagi masa dalam pantang nih].

Salam Lebaran & Maaf Zahir Batin.

~ akan bersiaran selepas tamat tempoh bercuti hehehe ~

Monday, 9 August 2010

Welcome Our New Princess


Salam semua,
Dimaklumkan saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aliya Arissa bt Faizul pada 28 Julai 2010 jam 1.32pm di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Alhamdulillah, akhirnya dimakbulkan hajat untuk bersalin normal and surprisingly dikejutkan dengan kehadiran baby girl ni. Memang tak jangka dapat baby girl sebab duk agak maybe dapat baby boy kut. So kalut-kalut tak prepare langsung nama untuk baby girl.


Ni wajah masa baby tidak bernama hehehe... A few hours after delivered. Tembun bukan main. Ayah paling seronok, terkejut masa nurse tunjukkan baby kat dia. hehe tak sangka dapat jugak anak perempuan katanya..

Ni wajah baby masa dah bernama. Aliya Arissa. Nama dipilih masa baby kena admit kat wad SCN atas sebab diberikan antibiotik selama 3 hari. Maksud Aliya : ketinggian, Arissa : Azam yang kuat.

Abang-abangnya pun seronok dapat baby baru. Arif duk sebut baby girl, Afif panggil baby Ca. Macam-macam....

K la, tak dapat berceloteh lama. Abang-abangnya pun ada kat rumah, grandma diorg datang so tak pergi nursery la depa. Nanti masa duk sorang-sorang dan bertenang-tenang saya akan ceritakan kisah masa bersalinkan Arissa. Till then...

Friday, 23 July 2010

Rindu pada vacation!

Sudah lama benar tak bercuti bersantai bersama keluarga. Mungkin lepas ini peluang itu jarang-jarang ada. Saya rindu untuk bercuti berehat-rehat bersama anak-anak di pulau peranginan yang indah, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Membawa anak-anak bermain pasir pantai. Tapi, saya tidak tahu bila agaknya masa itu akan tiba. Hanya berada dalam igauan semata-mata. Sangat berharap en. suami tidak lagi menyambung kontraknya tahun depan, moga-moga peluang untuk lebih bersantai bersama keluarga akan tercapai. Insya Allah..

Monday, 19 July 2010

Kesan Bertungku

Sedang saya membelek-belek Harian Metro malam semalam, saya terbaca satu pertanyaan berkenaan Kesan Bertungku. Lazimnya, lepas bersalin pesan orang tua kena bertungku supaya rahim cepat kecut. Tapi, bila baca jawapan pakar sakit puan ini, Dr Adilah Rahmat, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar & Hospital Pusrawi, lain pulak kesannya. Jom baca apa yang doktor ini ulas berkenaan kesan bertungku ini.

Soalan

SAYA ada menonton rancangan di televisyen dan membaca beberapa artikel mengenai kesan bertungku selepas bersalin.
Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini?
ERNIE, Kuala Lumpur

Jawapan

BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.

Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.

Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.

2 weeks more!

Tinggal lagi 2 minggu je before the due date. Semalam, pergi Tesco Alor Star, beli barang-barang keperluan. Risau sebab sepanjang duk dalam Tesco tu perut duk asyik mengeras je.Nak jalan pun sakit. Ingatkan nak bersalin dah. Mana ler nak tau, tetiba sakit nak bersalin. Sampai hubby duk tanya sakit kerap ke? [pertanyaan selepas melihat muka saya asyik berkerut sahaja]... Tapi, gagahkan diri berjalan hahaha [pasni tak leh jalan-jalan dah]. Sehari sebelum tu, perut terasa jugak seperti semalam, tapi rasa seperti nak buang air besar je. Makan pun xde nafsu. Kul 11 malam baru perut rasa nasi yang saya masak tengahari tu. Seriau plak rasa huhuhu...


Gelagat anak-anak dah macam-macam. Si abang lately manja ngan ibunya. Adik pulak makin kuat mengamuk-ngamuk. Ibunya tak kuasa nak pujuk, ayahnya la tolong pujuk. Tak larat eden nak dukung-dukung si kecik ni yang dah mencecah hampir 12kg.. sama berat dengan abang.

Playground ni beli last 2 weeks, di Giant. Ayahnya kesian, anak-anak tak dapat pergi playground dekat rumah sebab kami tak larat nak ajak petang-petang lepas balik kerja. Weekend plak kadang-kadang pergi jalan-jalan, balik rumah grandma diorg la. Last-last sambar la playgorund ni satu selepas ibunya melihat iklan di Harian Metro ada offer kat Giant. Seronok ler dapat mainan besar kat rumah. Kena renovate balik susun atur dalam rumah, semua ayahnya yang buat. Ibunya melihat saja kehkehkeh...


Saja letak gambar ni. Dah besar dah, cakap pok-pek-pok-pek. Tapi, time mengamuk kalah singa kat rumah hahaha [ada singa ke kat rumah???]

Tuesday, 6 July 2010

Perkembangan bahasa kanak-kanak

Artikel dipetik dari ruangan Ratu, Berita Harian bertarikh 6 Julai 2010

Menerusi laman web Scribd berkongsi maklumat mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak. Rujukan yang didapati dari Michael Tomasello menerusi Tomasello & Carpenter 2007, perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan yang layak bagaimana si kecil memperoleh bahasa. Namun, banyak kajian menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak-kanak. Micheal menekankan bahawa anak muda tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami niat orang lain. Ia membabitkan banyak perkembangan lain iaitu perkembangan phonologi, semantik, tatabahasa dan juga pragmatik.

Kanak-kanak yang dapat belajar bahasa Inggeris pada peringkat awal usia akan mempunyai sebutan yang lebih baik di samping dapat menjiwai bahasa Inggeris seperti mana kita menjiwai bahasa ibunda kita. Jika kanak-kanak dibesarkan dengan hanya satu bahasa sehingga ke peringkat mampu menyedari kesilapan bahasa, keupayaannya untuk menangkap bahasa asing atau bahasa kedua akan hilang. Secara tidak langsung mereka akan berasakan bahawa perlunya belajar bahasa asing, misalnya bahasa Inggeris dengan betul dan tepat melalui program bahasa Inggeris yang menekankan soal tatabahasa.

Menurut hasil kajian yang dipaparkan menerusi laman web darwishndarwisya, kanak-kanak lebih mudah mempelajari bahasa daripada orang dewasa. Paling mudah pada umur 0 hingga 6 tahun. Lebih awal dalam julat umur ini, lebih banyak kekuatannya pada pusat otak yang menjaga bahasa.

Kanak-kanak pada peringkat awal usia mempunyai masa yang lebih banyak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam program hariannya (tidak seperti kanak-kanak yang masuk ke alam persekolahan). Kotak pemikiran mereka juga masih belum ‘penuh’ dengan perkara lain, menjadikan mereka lebih mudah menyerap perkara baru.

Justeru itu, ibu bapa perlu bijak mengatur dan mempelajari corak pembelajaran kanak-kanak dari peringkat kecil lagi supaya mereka tidak kekok dengan bahasa asing. Tiga tahap untuk belajar bahasa Inggeris disediakan di bawah sebagai panduan ibu bapa mengenalpasti cara terbaik si kecil mempelajari bahasa berkenaan.

Tahap untuk belajar bahasa Inggeris (dari My-Rummy.com)

1. Pembelajaran ketika dalam tempoh masa senyap (silent period)

Jangan paksa kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam komunikasi atau berdialog sebaliknya ketika orang dewasa bercakap ia dapat memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menangkap atau belajar bahasa Inggeris yang baharu bagi mereka.
Biarkan anak-anak menggunakan kemahiran dan strategi tersendiri (strategi semula jadi mereka ketika belajar bahasa ibunda) untuk belajar bahasa Inggeris.

2. Mulakan bertutur
Selepas beberapa lama, bergantung kepada kekerapan sesi pembelajaran bahasa Inggeris, kanak-kanak akan mula berani menuturkan satu demi satu perkataan bahasa Inggeris (contohnya ‘cat’, ‘house’) atau mungkin sudah bersedia dan mampu membuat ayat pendek (misalnya ‘What’s that?’, ‘It’s my book, ‘I can’t’, ‘That’s a car’) dalam perbualannya.
Kanak-kanak dapat mengingati sesuatu perkataan atau ayat dan kemudian menyebut dengan sebutan yang diingati olehnya.
Keadaan itu berterusan untuk jangka masa tertentu yang cukup untuk memberi ruang kepada mereka mempelajari lebih banyak perkataan bahasa Inggeris sebelum benar-benar bersedia dan mampu membina ayat sendiri.

3. Membangunkan keupayaan berbahasa Inggeris

Kanak-kanak membina frasa ayat secara berperingkat, bermula dengan cara menghafal perkataan sehingga mereka sendiri menambah perkataan daripada kosa kata sendiri (misalnya ‘a cat’, ‘a white cat’, ‘a white and a black dog’) atau daripada satu ayat yang dihafal dan kemudian mereka menambah (misalnya ‘That’s my chair’, ‘Time to play’).
Bergantung kepada setakat mana pendedahan yang diterima dan pengalaman yang dilalui, kanak-kanak akhirnya mampu untuk mencipta dan membina satu ayat penuh yang lebih membawa makna.

Monday, 5 July 2010

4 weeks to go

Dah tak lama dah penantian.. sakit belakang, sakit pinggang, sakit montot.. semua ada.. mungkin sebab saya sentiasa berdoa supaya dipermudahkan bersalin dan merasai sakit bersalin normal macam yang pernah diceritakan oleh ibu-ibu yang bersalin normal. Anak sulung dan 2nd tak pernah rasa sakit macamni. Yang sulung, sakitnya hanya datang lepas induce, yang 2nd sakitnya hanya lepas emergency czer. Moga Allah kabulkan hajat untuk merasai sakit bersalin secara semulajadi.

Tanda-tanda? Hmmm.. terasa jugak perut mengeras kadang kala, terasa macam kepala baby duk menolak-nolak pelvis ibunya.. Tidur malam mmg tak leh lena sangat. kalau nak betul-betul lena kena minum susu sebelum tido.

Last two weeks pegi checkp-up kat O&G Hosp Kangar. Doctor tanya nak decide bersalin cara mana since dah pernah czer. So saya decide untuk cuba bersalin normal. Memang ada risiko bagi kedua-dua cara. Tapi dari kebanyakan survey, ramai yang berjaya bersalin normal selepas operation. Semuanya bergantung pada keadaan ibu & anak. Berat anak last two weeks, 2.3kg. Sekarang ni tak tau laa.. Rasa macam perut nk meletup dah. Harap-harap baby weight lebih kurang abang-abangnya juga.. Doktor kata, baby kecik je, so boleh allow for normal birth.

Gender? Hehehe, yang ni tak kisah laki ke perempuan ke. Tapi, rasa macam laki jugak kut. Tak pe la. Bleh buat geng bas sekolah hehehe. Jaga anak laki ni penat memang penat, tapi seronok gak. Time berakal tu, berakal sungguh. Kita pun tak terfikir dia boleh buat, dia boleh fikir macam-macam.

Admit wad in case bulan 7 ni tak bersalin lagi, 1/8/2010 kena admit dah. Kesnya sebab pernah beberapa kali hB rendah. Takpe, saya redha dan lebih rela berada di hospital. Takut kes lama berulang kembali :)

Persediaan? tak banyak preparation. Baju-baju baby pun guna yang abang-abangnya saja. Ada yang pakai sekali sekala je. kalau teringin nak beli baru, nanti la minta ayahnya belikan untuk sambut raya nanti. Just prepare baju baru untuk sambut kelahiran baby je.

Semoga kelahiran kali ini dipermudahkan. Insya Allah.. Doakan ye :)

Tuesday, 15 June 2010

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru buat Cik Nor dan Cik Syed [apakah panggilan yang wajar dipanggil yer?]

Tapi, dalam entry ni tiada gambar pengantin. Saya tidak sempat nak bergambar bersama pengantin. Menjaga anak-anak supaya "tidak hilang dari pandangan". Jika hilang dari pandangan, terpaksa la saya berkejar-kejar mencari mereka dalam suasana yang ramai itu. Masa rombongan pengantin sampai di rumah, terpaksa mengendong Afif, menggunakan sling yang dipinjamkan dari sahabat [terima kasih ye sahabat, jasamu dikenang.. ada mak sedara i puji kata comel la gendong ni. buat sendiri pun boleh].. Sangat letih hari itu walaupun bukan buat apa-apa. Saat itu, berfikir alangkah bagusnya kalau cik abang ada di sini, tolong jaga anak-anak sekali. tapi nak buat camne, kerna kerja tak dapat cik abang bersama-sama. Nasib baik majlis nikah kat masjid, kalau tak haru ler jugak nak control anak-anak comelku itu.

Benjol





Kesian si Afif. berbenjol dahi. Kesnya jatuh kena pelamin. Biasa ler anak lelaki aktif. Saya tengah solat magrib waktu itu, terdengar dia menangis. Ingatkan xde apa-apa, rupa-rupanya berbenjol dan luka sedikit kat dahinya... terus malam tu kadar kebuasan menurun sedikit, dan tido awal. Duk sebut sakit-sakit sambil menangis-nangis memanggil nama ayah.. Ayahnya tiada di rumah, urusan conference di Langkawi. Penat ler saya menjaga anak terunaku yang seorang ini.

Trial Mode

Saya mencuba menggunakan sling bernama pouch yang dipinjamkan dari sahabat yang sangat suka ber'baby-wearing'... :) mula-mula dapat rasa macam tak percaya, eh betul ke bleh muat nih.. rasa macam kecik je. malam tu terus try pakai.. gendong gak la afif. memang fit! senang nak dukung.. tapi, dalam keadaan perut memboyot macam ni kejap je la pakai, nak adjust2 pun x selesa perut heheh.. saja je testing before decide beli satu for the next baby. dah lama sangat-sangat berhajat, tapi takde sape nak tunjuk cemana nak pakai, takut gak ler beli-beli tapi tak pakai.. bukan murah ek, berpuluh RM gak... lepas ni boleh la cuci mata kat website mana yang ada sales jual pouch ni. dah mahir nanti leh try ringsling ka heheheh...

Wednesday, 26 May 2010

Pregnancy : Week 30

Cepat sungguh masa berlalu.. dah 30 weeks saya pregnant. Berbaki lagi 10 weeks.. Berbaki 8 hari puasa.. tak tau laa boleh sempurnakan atau tak. Napelah badan kali ni tak begitu berdaya, tak sama macam pregnantkan Afif dulu.. boleh gantikan puasa sebulan plus sebulan berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Next year the time will repeat again, ganti puasa selama sebulan memandangkan due lebih kurang 2 minggu sebelum puasa.

Check up tadi,

hB = 10.8
weight = 61kg (naik 0.5kg)
urin = ok

turun sket la hB ni.. sebab saya tak makan iberet kut. malas gile nak makan pil-pil ni. tapi, takut ler jadi apa2, hentam saja laa... plus, makan menda lain pun kurang. ye la, nak masak hari-hari pun tak berdaya. makan je la apa yang dibeli cik abang... dia rasa nak makan nasi goreng, saya pun makan nasi goreng. Smlm dia nak makan pizza, kami satu family makan pizza..

Nurse siap promote set bersalin lagi tu.. [kalau laa dia promote pasal breastfeeding kan lagi bagus].. tu nak tambahkan income la tu.. Tertunggu-tunggu gak pasal promote breastfeeding ni.. tapi, setakat ni takde la keluar dari mulut nurse sepanjang check-up kat situ.. kalau laa ada, saya akan kata "memang niat nak fully breastfeed pun. yang 2nd pun saya breastfeed sampai saya tau saya pregnant"...
hehehe..

Tuesday, 25 May 2010

Giveaway #7: Moo Moo Kow™ One-Size Cloth Diapers & Cloth Wipes

can review the giveaway contest here : http://www.mummysreviews.com/2010/05/23/moo-moo-kow-bamboo-cloth-wipe/

saje-saje enter contest kut-kut la bertuah.. yes, i'm addicted to cloth diaper. best because we go green! my son pun cepat belajar how to recognize kalau dia dah poo-poo... cuma belum sampai masanya lagi dia nak belajar poo-poo dalam bilik air, sebab tendency dia untuk bermain air amatlah kuat!




so far cloth diaper yang dah digunakan : lunatots, coolababy and the latest wuddah.. kalau dpt hadiah untuk contest ni, lagi best boleh cuba cd baru :)

Friday, 7 May 2010

New gadget and to be....

1. CD Baru

Last week, ku dah order 4 helai cd baru.. kali ni nak try cd wuddah plak. ku order dari sini http://lampinwuddah.blogspot.com/ setelah menyemak beberapa jenis cd lain... dah sampai di post office, tp tak amik je lagi... kai ni try cd bamboo plak. bila tgk review dari pengguna cd bamboo wuddah, ok je. especially tang daya serapan yang ok. tak berbau.. tak sabar nak amik tp malasnya nak keluar pi post office! hangat sangat kat luar tu. actually pakejnya utk 5 helai, tp out of stock dpt 4 helai je.. tak kisah laa... janji boleh try.






Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun dan keatas(CD boleh dilaras daripada saiz S hingga XL, atau juga bergantung kepada saiz bayi)
mampu menampung berat sehingga 18kg (juga bergantung kepada saiz bayi)
5 pilihan warna - Biru, Kuning, Putih, Jingga & Hijau (selagi stok masih ada)


2. Pam Manual Medela Harmony





Ni dah usha kat website ni atas saranan sahabatku pah zarihan.. nak beli as back-up. harga sebenar RM269.. tp kat website ni jual harga RM150 je. Tapi, accesories yg dpt tak berapa nak sama la ngan harga sebenar tu.. tp tak kisah la, janji dpt pam hehe... ni leh tgk kat website nih http://lilkaistore.com/products/Medela-Harmony-Factory-Sealed.html





3. Pouch






hehe.. yang ni tak pernah try. tp teringin sangat-sangat2 nak beli untuk newborn babyku. teringin gak nak belikan untuk afif bg ayahnya guna. tp tak tau nak pilih yg mana satu. ok tak ek brand ni from littlepods. harga rm85... tp ada satu website ni jual harga rm76.50... apa pendapat anda?
baru 3 item reganya dah beratus2 huhuhu.... ada lagi nak beli nih. tp pelan-pelan dulu laa.. duit hutang kredit kad pun x abis bayo lagi huhuh...

Friday, 30 April 2010

Aktiviti Anak-anak


tak banyak aktiviti lately.. ibu ngan ayah bz je. sian kat anak-anak. gambar pun tak dan nak amik. ye la, ibunya dah makin tak larat. teringin nak ajar anak-anak menempek kertas buat kolaj. tp apakan daya kat umah saja macam-macam nak buat, apa yang boleh buat bg kertas lukisan n pensil warna.. tenyeh la atas kertas tu.. sambil ibu melipat kain baju yg bertimbun-timbun [huh, bleh bukak kedai dobi sbb terlampau byk baju]. sampai satu tahap boring gaban, anak-anak mula menunjukkan aksi spiderman mereka, panjat sana sini, sambil "membantu" ibu melipat kain. maka keluarlah suara halilintar dari peti suara ibu mereka ini hahahaha...

just to share with family gambar-gambar diorg ni:

ni lepas balik dari tesco.

rasanya ibu tgh kemas2kan bilik ini, afif sibuk main. sib baik x ganggu ibunya

ni la aktiviti melukis [contengan je]. cuba lihat betapa khusyuknya afif melukis, ada style tuh!

Tuesday, 27 April 2010

Makanan pertama bayi

Artikel dipetik dari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PermataHati_Makananpertamabayi/Article/index_html
Tarikh : 27 April 2010

Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan

SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan. Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya. Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang memberitahu bahawa tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang enam bulan jika diberikan di dalam sukatan serta masa tertentu, lebih-lebih lagi jika anak itu menyusu badan.

Menurut maklumat itu lagi, susu ibu terutama mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah-buahan atau sayur-sayuran.

Berdasarkan pembacaannya juga, ada kajian menyatakan bahawa pada ketika bayi berusia enam bulan barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.

Kini, barulah dia sedar mengapa orang tua banyak pantang larang. Kesimpulannya, elakkan daripada menyuap bayi anda makanan pejal sebelum usianya melebihi enam bulan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini kepada si kecil di kemudian hari.
Pada peringkat permulaan mengenalkan bayi dengan makanan pejal, bubur nasi atau makanan yang dikisar halus adalah digalakkan. Kuantiti boleh ditambah sedikit demi sedikit bersesuaian usia si kecil.

Seperti yang penulis perhatikan, setiap kali pulang ke kampung, cucunya yang kecil akan berpeluang menikmati bubur nasi yang dimasak bersama kentang serta lobak merah, kemudian ketika direneh, daging segar yang dibeli Tok Wannya dari pasar tani dipotong halus dan dimasak bersama bubur. Kata ibu mentua, manis daging sebagai penambah rasa kerana bayi kecil tidak boleh mengambil gula atau garam.

Seronok juga Jauna, sesekali bubur nestum bertukar bubur nasi bercampur sayuran dan daging segar. Dan itu juga sebaik-baiknya untuk anak kecil berbanding makanan daripada pek segera.

Tapi, setahu penulis, ada juga ibu yang tidak menyuap bayinya makanan lain selain bubur nasi dan susu walau selepas anaknya berusia hampir setahun. Kata ibu penulis, tubuh anak yang tidak disuap makanan pejal berbeza berbanding anak kecil lain di mana mereka akan kelihatan lembik.

INFO: Carta pemakanan si kecil


Enam bulan
Tekstur makanan : halus
Minuman: susu
Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang


Tujuh bulan
Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan
Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang
Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan


Lapan hingga 12 bulan
Tekstur makanan : lenyek/kisar/cincang
Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning
Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak


12 hingga 18 bulan
Tekstur makanan : cincang
Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain
Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.

Wednesday, 14 April 2010

H1N1 lagi


Pagi tadi pegi check-up rutin bulanan macam biasa. Supposedly last week, tp byk sgt keja pegi la jugak pagi ni. [walaupun keja masih melambak-lambak - plus tak stadi lagi untuk exam PTK lusa ni]. Macam biasa kena amik darah, resultnya hB is increase than before.. Alhamdulillah... skg ni dah 10.7, masih dikategorikan rendah, tp makin meningkat. Nurse kata tak perlu jumpa doktor (nasib baik, kalau tak kul 1pm pun blum tentu lagi abis)..
Tapi, air kencing masih kotor. Nurse suh mai check BP (blood pressure) dan air kencing selang sehari (ayoyoyo.. jenuh la eden).... Dinasihatkan minum air 7-8 gelas sehari..
p/s: air masak ye, bukan air ais!

Oh ya.. tgh duk tunggu turn jumpa nurse, depa duk kalut2... awat la kalut sgt ni... dah ler ramai org.. Rupanya ada sorg patient yang pregnant gak, bgtau dah demam, batuk n selsema 3 hari... terus diorg refer suh jumpa doktor. Aku pun nurse suh pakai facemask tu. pakai je la, langkah berjaga-jaga. Dah abis check, keluar dari bilik tu org duk usha je pasal pa aku pakai mask... buat dono je laaa... precaution maa!!!

As for pregnancy progress, current weigth is 57.5kg.. hB 10.7.. skg ni dah 24W.. heart beat baby pun ok, dalam range yang ditetapkan, 120 - 160 min. Bacaan tadi dalam 144 min. Harap-harap wabak H1N1 tak merebak dengan cepat... Dulu risau sebab ada baby, skrg ni risau sbb pregnant plak. Minta-minta dijauhkan dari semua tu...

ok la, masa untuk lunch. lepas ni sambung stadi semalam yang tergendala. balik rumah takde harapan nak stadi, badan teramat letih walaupun mata tak mau lelap. sakit pinggang kalau duk lama... last-last buat-buat pejam mata sampai tertido...

ok, best of luck for PTK this friday! (wish luck untuk diri sendiri)

Friday, 2 April 2010

PTK oh PTK

Isnin ni saya mahu mengambil PTK buat kali pertama. nervous plak rasa. sebab tak sempat nak stadi. stadi pun ala-ala je beban kerja melambak-lambak.

1st part : perbincangan kumpulan yang akan mengambil 40% markah. perbincangan topik secara umum (generik) - topic will be given on the dot!! (tu yang ketaq lutut tu.. harap-harap jgn speechless.. keluarlah idea!)

2nd part : penilaian individu.. akan berlangsung seminggu kemudian. markah 10%.

3rd part : ujian bertulis sebanyak 50%. 4 hari selepas penilaian individu.

disamping itu akan ada assignment baper % ntah... risau-risau.. harap bleh dapat 4-4 heheh tak yah amik byk kali...

p/s: tp kat umah leh ke eden jengoi mata tahan ngantuk ngadap laptop baca nota? huhuhu

Friday, 19 March 2010

Finally, end of breastfeeding journey

Sedih bila lihat topic ni. Hajat tak kesampaian. Tapi nak buat cemana, dah disahkan pregnant, i decided not to do the pumping session. Reason why? Ku rasa pening-pening setiap kali lepas mengepam and feel macam contraction (not sure tu contraction ke tak, tp rasa macam nak datang period gitu)... tak mau ambil risiko, i stop pumping. but still i can breastfeed afif at home. Afif dibekalkan susu sama macam abangnya. I realize i'm pregnant when afif already 1 year old and my pregnancy is almost 2 months old. Serius, tak tau masa tu pregnant sebab sebelum tu ada keluar spotting macam awal-awal period selama seminggu. Tapi, after coming back from bengkel strategik planning last December, ku perasan diriku asyik rasa nak loya-loya, pening-pening. Tak mau sangka i'm pregnant again. tapi, when it come to situation morning sickness almost everyday dan rasa tak berapa sedap hati, i went to guardian and bought a UPT test. The result is +ve... oh my God! rasa macam tak percaya langsung.. terus call abang bgtau, and of course la he was very happy with the news... aku la terpinga-pinga... cadangnya nak tunggu at least afif 2 tahun, lagi pun masa bersalinkan afif operate... seriau gak...

I realize then, this is "rezeki" yang Allah nak bagi kat kami.. anak berderet-deret hehehe... Penat memang penat, tapi bila dah makin membesar seronok tengok gelagat diorg berebut mainan, gaduh-gaduh tarik rambut, gigit sesama sendiri, ketuk-ketuk kepala... macam tu laa kalau dah dapat anak lelaki 2 orang. this coming baby don't know the gender yet. I just hope the baby will be fine as his/her brothers.

Breastfeeding journey aku, rasanya macam dah end dah kut... sebab rasanya susu dah xde.. even aku picit-picit pun x keluar susu. maybe sebab aku stop mengepam agaknya walaupun bila balik keja afif mintak gak... sekarang pun dia mintak lagi, especially waktu dia nak tido.. walaupun susu dah sebotol abis. Tak kisah la lepas ni dia nak tandem nursing pun, tapi bila baby dah abis nyusu laa.. kalau tak, sian baby nanti...

rasa tak sabar nak teruskan misi bf for the next baby (plus maybe afif akan mintak juga).. tinggal lebih kurang 4 months je, insya Allah due date on 2nd August. kali ni semangat nak buat stok masa pantang, supaya tak kalut nak tinggalkan waktu kerja nanti. Ilmu perlu digali lagi, plus nak tambah bf gadjet.. nak beli medela harmony in case susah nak mengepam kalau takde supply. and no more formula milk selama mungkin.. harap-harap dimakbulkan hajatku ini... Amin...

Mari Menyanyi

Semalam saje menggatal capture video Arif Aiman nyanyi lagu Negaraku. tapi sekerat je. bila dah lupa nak sebut apa, berenti la dia.. lagu ni dia belajar time kat taska. macam-macam lagu la dia nyanyi bila balik rumah tu. sampaikan ayahnya tak paham, "hang nyanyi lagu apa nih?".. ayah-ayah... sib baik ibu dia leh tangkap apa menda yang anak dia nyanyi.. bleh la betulkan apa yang dia sebut tak betul tu...


ni satu lagu lagi ibu yang ajar. sampai adik pun pandai nyanyi tp duk sebut "bah..bah.." je.. lagu labah-labah...


semalam pun ada capture beberapa gambar... layan je laa..




Monday, 22 February 2010

CNY Holiday

My Dear Friends,

It's been a "long vacation" last week. Best kan kalau dapat berlibur di pulau yang indah & cantik menawan. Oh i wish the time will turn out one day. CNY holiday last week, as stated in the calender 2010, from 14 - 16 Feb 2010.. Apply for annual leaves for 3 days after. Makes it holiday for a week. Lama tu tak pegi keja. Sudahnya, pagi ni kelam kabut setelah seminggu meninggalkan rutin harian (operasi masam muka telah berlaku hahaha - perkara biasa.. ignorekan saja keh keh keh)

Back to my hometown from 15 - 18 February. Ajak anak-anak pegi main pantai. Arif Aiman eager to play the kite. Beli ler rega RM8 cop gambar doremon. mainnya sat je. last-last main pasir. once dah main pasir, si adik mandi pasir ler.. we see it out of control dah, cepat-cepat ajak depa main taman.. dekat sejam lebih berada di sana. Penat ibu dan ayah mengejar kedua-duanya.

Abang is playin the kite with ayah. Kena pegang betul-betul, dah terbang 2x. Sib baik ayah sempat kejar

proses mandi pasir - beginning

tengok tu.. abis pasir masuk seluar dah

adik lagi best, tabur pasir atas kepala


sesi main kat playground. waktu ni tak dapat nak snap gambar banyak-banyak. pergerakan terhad. berlari-lari mengejar anak-anak

penat.. but i do hope both my sons are happy be with us (walaupun ada part abang kena marah hehehe). Insya Allah, next time kita pegi jalan-jalan makan angin pulak ye (jika masa, keadaan, dan D.U.I.T mengizinkan :) )

Thursday, 28 January 2010

Akan ditinggalkan lagi

Based on the topic, bulan Februari 2010 adalah bulan untuk ditinggalkan.
3-5 Februari - he's going to MTE (Malaysia Technology Expo 2010) @ KL
7-10 Februari - going to Sabah atas urusan R&D
11-13 Februari - going to Bengkel Penulisan Ilmiah @ Sg Petani
27 - 28 Februari - going to Karnival Jom Masuk U sbg penceramah @ Seberang Jaya, Penang (yang ni bleh ikut sebab weekend)

Full kan agendanya... Adus, sedihnya. Almost every week my hb going outstation. I have to sacrifice for this. Untuk kemajuan kerjayanya (kemajuan kerjayaku? hmmm.. tak maju-maju sampai sudah - hanya maju dari kemajuan keluarga sahaja). Teringin untuk meningkatkan keupayaan kerjaya, tapi mengenangkan family.. ku lupakan hasrat seketika. Buat yang mana terdaya dulu.

I got this from my husband's email. (kata nak fwd, tak fwd-fwd. last-last ku bukak sendiri email dia cari sendiri)

SPEECH FROM CEO

VERY SHORT, MOST EFFECTIVE AND HOW TRUE...

30 seconds Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola)

"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in theair. You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of these in the Air.You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back.But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."

WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME.

GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.

Monday, 25 January 2010

Aktiviti Di Hujung Minggu

Ni sebenarnya aktiviti ujung minggu lepas. Lepas siram pokok, ku biarkan anak-anak bermain di luar. Monitor dari dalam rumah. Tengok-tengok, bertenggek dalam longkang dua beradik. Asalnya, longkang tu kering. Tapi, baru lepas siram pokok, basah ler. Apa lagi, sakan ler anak-anak main. Berlemuih (istilah org perlis) satu baju. Adik la start dulu, abang selalu jadi follower je. Ni tempek gambar aktiviti diorg weekend lepas:
adik muka confius sebab ibu amik gambar dia tengah main

abang duk sebut "senyum" tu muka jadi lagu tu

duk kutip pasir dalam longkang

tengok kasut pun dah tinggal sebelah je...

Thursday, 14 January 2010

Abang Main Apa?


Minggu lepas, masa tu tengah tunggu ayah balik keja ke atau ayah balik beli dinner.. Si abang ni duk la sepahkan mainan lego yag dalam rumah tu (lego tu disimpan dalam bekas berbentuk rumah). Sibuk la pasang menda alah tu. yang si adik sepahkan lagi ada la.. Bila dah siap, ibu tanya.

Ibu : Abang buat apa tu?
Abang : Abang main.
Ibu : Ye la, abang main buat apa? Abang buat rumah ke?
Abang : Buat rumah.
Ibu : yang merah-merah tu apa? Lampu ke?
Abang : Lampu.

Memang dia ralit buat menda tu. bila cabut dia pasang balik. Bila dah pasang cantik, dia ralit tengok tv, adik pun amik la dari tangan dia. Apa lagi, mengamuk la nangis-nangis (manja terlebih). Last-last adik kena puk kepala. Sian kat adik. Ibu kena cepat-cepat bagi kat adik mainan lain. Tapi, abang suka sungguh pasang menda tu. Ari tu ada gak dia buat lego dia. Apa yang nampak, benda yang dia buat tu mesti balanced macam gambar kat atas. pandai gak dia fikir pasal balancing ni ek hehehe...

Tuesday, 12 January 2010

Permata Hati: Usah fikir dua kali beri susu badan

lagi artikel untuk dikongsi bersama...
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ratu/20100112103732/Article/index_html

USTAZAH Fatimah Az Zahra dalam satu kuliah pernah menyatakan menyusu badan bukan pilihan, sebaliknya diwajibkan ke atas ibu melahirkan malah ditekankan dalam Surah An-Nisa. Katanya, ‘muslihat’ di sebalik suruhan menyusukan hingga ke usia dua tahun itu tidak boleh dipandang ringan kerana sekiranya tidak diikuti ia mungkin memberikan implikasi buruk kepada anak atau ibu sekiranya diabaikan kerana ia undang-undang Allah.


Menemui Ketua Pegawai Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd, Rita Rahayu Omar, beliau berkata kajian sains membuktikan penyusuan badan memberikan 1,001 kebaikan kepada ibu serta bayi. “Memberi susu ibu atau lebih mesra digelar susu badan, boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik dan lembut hati,” katanya. Kini, faktor berkenaan sudah dapat dibuktikan dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.


Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, dalam satu jurnal perubatan mendedahkan penyelidikan pihaknya menunjukkan penyusuan badan secara eksklusif dalam jangka panjang, sekurang-kurangnya enam bulan pertama sejak lahir, mampu membuatkan kanak-kanak menjadi lebih bijak. Malah sekiranya dilihat di hospital kerajaan atau hospital mesra bayi, tertera dengan jelas mengenai hal berkenaan membuktikan usaha untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan badan.


Saya ingin berkongsi fakta menarik mengenai laporan dalam majalah Archives of General Psychiatry, yang mana Prof Kramer menunjukkan keputusan selepas mengkaji 14,000 kanak-kanak selama lebih enam tahun. Kajian dibiayai Institutes of Health Research menunjukkan jumlah bayi berusia tiga bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah tujuh kali lebih tinggi daripada kumpulan kawalan, yang mana galakan tidak diberikan. Keupayaan kognitif kanak-kanak di analisa dengan ujian IQ yang dikendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain. Pada usia enam setengah tahun, kanak-kanak yang mendapat susuan ibu, memperoleh secara purata 7.5 mata lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 mata lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Lebih menarik, guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik. Ia jelas membuktikan kesan penyusuan ibu terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat.


Apa yang masih dalam teka-teki kerana tidak ada penerangan jelas sama ada kebaikan menyusu itu disebabkan kandungan susu itu sendiri, atau sebenarnya kesan interaksi sosial ketika penyusuan berlangsung yang mana komponen fizikal dan emosi pada sepanjang proses menyusu itu, menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak.


Sudah terang lagi bersuluh. Mengapa masih ada segelintir ibu yang enggan menyusu anak sendiri, sementara memberi susu terbaik dan termahal harganya (atas pengaruh media barangkali) menjadi pilihan? Alasan tidak menusabah tidak harus terpacul daripada mulut seorang ibu, walaupun Rita menyatakan orang sekeliling ‘membantutkan’ keinginan ibu menyusu badan, lempar jauh-jauh kata tidak memberi semangat itu demi kebaikan permata hati tercinta.


INFO:
Mulakan penyusuan

• Susukan bayi sebaik saja bayi dilahirkan di dalam bilik bersalin. Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari di mana payu dara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa.

• Usah terima terlalu ramai pelawat bagi membolehkan anda berdua-duaan dengan si kecil. Anda juga tentunya lebih senang dan selesa.

• Susukan selama mana yang bayi inginkan. Manfaatkan masa dengan si kecil.

• Jangan menyusukan ketika bayi anda ‘melalak’, sebaliknya biarkan reda dulu dengan mendakapnya. Bila si kecil sudah tidak menangis dengan kuat, barulah disusukan.

• Utamakan keselesaan anda ketika menyusu. Sokong bahagian belakang atau kepala dengan bantal supaya tidak lekas penat.

Thursday, 7 January 2010

Family Husband

Gambar Family for the 1st time penuh since aku kahwin. Mak mentua beria-ria nak ajak amik gambar sebab susah nak get together macam ni selalu. Raya pun kadang x cukup korum. Ye la, kitorg kadang raya kat Terengganu. Kadang giliran abang ipar balik Kelantan. Lagi pulak, adik ipar dulu studi kat UK. So ni ler gambar kenangan tahun lepas hehe..

Conceiving a Baby GIRL

surfing from website http://www.baiboo.com.my/. Those who planned to have a baby girl (including me - tapi kalau dah teraccident tu nak buat cemana dah haha)

Here are some do’s and don’ts if you want to get pregnant with a baby girl, according to some people.

Frequency and Timing of Intercourse:
Shettles says in order to increase the chances of having a girl, you should have sex everyday from the end of your period up to 2 1/2 to 3 days before ovulation. Having unprotected sex closer to ovulation will dramatically decrease your chances of conceiving a girl.
Other tips are to make love in the afternoon and preferably on the even days of the month.

Sexual Position:
Shettles suggests shallow penetration, that way the sperm will be deposited closer to the entrance to the vagina. That area is more acidic and will work against the weaker ‘boy’ sperm.
Try the missionary position or make love with the woman on top and, remember that if the woman initiates sex, you’ll get a girl.

Sex and Orgasms:
Shettles recommends that you don’t orgasm during sex. But some people feel that if the woman reaches orgasm before her partner, you’ll have a girl. According to some stories, being relaxed when you conceive could probably mean you’ll have a girl. So, having an orgasm doesn’t sound so bad at all.
Eating habits:
You should both eat lots of fish and vegetables and the woman should give in to her chocolate craving, or just eat sweets in general.


Consideration for the dad:
Some say a man’s testicles should be cool before you have sex if you want a daughter, so don’t wear any tight underwear or visit a sauna or steam room.

Monday, 4 January 2010

Tahun 2010

Apa yang akan menanti pada tahun baru ini? Banyak perkara..

1. Teaching load bertambah-tambah. (xpe, redha sbb tu tugas hakiki). Jadual saya adalah seperti di bawah:
Selasa : 12-2pm, 3-5pm
Rabu : 8-10am, 10-12pm, 2-4pm
Khamis : 4-6pm
Jumaat : 3-5pm, 5-7pm

yang tak tahan hari Rabu ngan Jumaat kelas berturut-turut. Mau pengsan eden.

2. Merealisasikan apa yang tak terrealisasi pada tahun 2009 (hajat nak sambung tinggal hajat je tahun lepas. keadaan memaksa untuk tidak merealisasikannya). Harap tahun ini dapat dicapai.

3. Meneruskan misi breasfeed Afif walaupun tak capai misi sepatutnya.

4. Mengajar Arif how to potty at the toilet.

5. Meningkatkan ilmu-ilmu keibubapaan. Especially nak mengajar Arif mengaji (ABC dah bleh sebut, 123 both in BM& Eng dah bleh sebut, tp tak kenal lagi)

6. Meningkatkan tahap kesabaran diri hahaha (kadang kala tak sabar ngan kerenah anak-anak yang semakin membesar)

7. Menambahkan bilangan ahli keluarga.. (yang paling tak tahan first few months tu). Ber-anak ramai memang meriah, tapi kena banyakkan bersabar dan tahan letih (tp bila stat preggy memang tak tertahan letihnya)

8. Meningkatkan berat badan (hello.. berat badan dah ok, cuma orang nmpk terlalu kurus pasal letih kot hehe)

9. Meningkatkan mutu kemahiran memasak (sudah 3 tahun kawin, masih tak reti-reti bab memasak. mana taknya, balik keja singgah dulu kedai huhuh. camno nak masak, balik je bersilat ngan anak-anak dulu. berchenta dulu baru nak boleh masuk dapur)

cukup-cukuplah tu.. perlu beringat-ingat hehe takut tak terbuat.