Friday, 22 July 2011

Tahniah Jiran Sebelah

Kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada jiran sebelah rumah kami, En. Shahrul dan Pn. Rosmah di atas kelahiran baby boy yang ke-3 pagi tadi.


Dari hari ke hari bertanya,

"Tak bersalin lagi ke?" (dah sah-sah orang tu ada kat umah mestilah tak bersalin lagi"


"Takde rasa sakit apa-apa lagi ke?"


Hmmm.. semalam tatkala anak-anka dah lena, terdengar enjin kereta dihidupkan. Cik abe saya menjenguk dari tingkap bilik, saya lagi terus menjenguk ikut pintu depan. Menjengoi kepala kut-kut boleh sapa diorang. Saat yang kitorg dan diorg tunggu dah tiba (apahal lak kitorg yang excited lebih-lebih ni hahaha). Saya dan cik abe mengucapkan selamat berjuang kepada mereka, insya Allah semua selamat.


Pagi tadi cik abe dapat sms mengatakan Cik Mah dah selamat bersalin. Alhamdulillah, seronok dengar. Bertambah umat lagi. Bertambah kaum kerabat. bertambah geng-geng taman seri wang lorong 20 hehehe...


Bila saya dengar diorg nak pergi hospital, saya yang resah. Teringat lagi saat bersalinkan Arissa. Jam 12 tgh malam bergerak ke hospital. 12 jam kemudian baru bersalin. Indahnya saat bersalin, hanya Tuhan yang tahu. Sakit memang sakit, lepas bersalin rasa tak mau bersalin lagi hehehe. Tapi, bila dengar orang bersalin, rasa nak bersalin lagi plak. Haruskah???? (Cepumas yang berganda-ganda harganya!)


Saya katakan pada suami, saat keluar baby tidak rasa sakit apa. (Suami balas: haa, boleh laa bersalin lagi. Oh, bagi laa saya rehat dulu bang...)...Tapi sebelum keluar baby tu laa yang paling tidak tahan rasa. Atas katil bersalin, pusing sana, pusing sini. Golek sana golek sini sampai kena marah dengan nurse heheh. Bila tak tahan, berair rasa air mata. Harap sangat agar en.suami berada di sisi, tapi environment di HTF tak membenarkan. Kalau boleh, dah lama saya wajibkan en.suami saya tu by hooked or by crooked!


Semalam bertanya pada si sulung.


Ibu : Along ada berapa orang adik?

Along : Satu je.. - merujuk pada si kecik Arissa.

Ibu : Bukan, along ada 2 orang adik. Afif ngan Cha

Along : oooooo....

Ibu : Along nak berapa orang adik?

Along : Along nak 2 je.... (dalam hati ibu : legaaaaaaaaaaaaaaaaa hahaha)

Afif : Afif pun nak dua gak. (huhuhhu baru nak lega)

Ayah : Adik Cha pun nak dua gak (ni sape yang lebih-lebih ni)


Beranak ramai memang seronok, Tapi kesabaran sangat-sangat perlu. Betul, sangat-sangat penat! Itu yang saya sedang usahakan walau kadangkala kesabaran itu hilang. Saya cuba dan bermohon agar kesabaran dalam mendidik anak-anak sendiri dapat saya praktikkan.


Ahhhh.. teringin nak beranak lagi hahahaha tapi saya perlu berehat dulu nanti kena marah ngan doktor plak!

Monday, 18 July 2011

Facemask

Salam semua, good day to all.

Wow, sekian lama tak menatap blog ni, berbulan-bulan rupanya takde apa cerita. Cerita ada banyak, tapi tak sempat saya nak menaip itu ini, cerita itu ini. Saya rasa wallpaper blog ni pun kena bertukar, wajah anak-anak pun kena tukar. Hmmm... yang cemburu adalah masa!

Bercerita pasal facemask, dah lama tak buat sebenarnya. Saya pergi beli facemask jenis topeng yang sangkut kat telinga di Guardian tempohari.

Actually bukan nak review pasal produk ni. Actually kalau nak ikut arahan untuk kesan yang baik, penggunaan adalah 3 kali seminggu. tapi saya buat 3 minggu sekali hehehe (mana nak dan yang oiii).

Semalam teringin nak pakai untuk kali kedua. Kali pertama cuba, tiada masalah di kalangan orang yang melihatnya hahahah.. Semalam, setelah saya pakai, si kecik yang mengekor di belakang masa saya nak pergi buat laundry di belakang umah menangis ketakutan. Huhu, teriak tak sangka. Tapi, bila ibu angkat dukung senyap plak. Tapi masih dalam mode takut. Saya beri dia sekeping pisang goreng sebagai umpan, sambil meriba dia dan matanya melihat tv.

Ada hati plak dia nak cek balik rupa ibu dia, pelan-pelan dia paling belakang. dan hasilnya.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! takut lagi tgk ibunya bertopeng muka lagi. Yang abang-abang sibuk tanya, "ibu pakai apa tu?" hehehe..

Nak tau rupa bentuk muka saya macamana? Haaa... macam ni laa bila saya pakai topeng tu:



p/s: ni bukan gambar saya. Saya hanya google saja gambar ini.


Kalau anda, takut dak? hehehehe

Thursday, 7 July 2011

Khasiat minyak masak

Setelah sekian lama, baru nak menghapdet blog. tp ni pun bukan kisah si kecilku pun, just nak share artikel pasal minyak masak yang kita duk guna hari-hari tu je. sebagai peringatan buat diri sendiri.

Artikel diambil dari sumber ini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DapurRatu_Khasiatminyakmasak/Article

Ramai masih ragu-ragu untuk guna, buat pilihan MINYAK masak bahan utama untuk melengkapkan hidangan. Tidak kiralah apa jenis minyak kegunaannya sukar diketepikan sama ada untuk menggoreng, menumis, membakar dan sebagainya dalam sajian.

Walaupun minyak masak digunakan hampir setiap hari, masih ramai ragu-ragu mengenai jenis pilihan dibuat - sama ada elok atau tidak terutama apabila dikaitkan dengan kebaikan pada kesihatan dan keenakan dicetuskan minyak masak.

Minyak masak, umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu. Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini seperti soya, jagung dan biji bunga matahari. Bagaimanapun, pakar pemakanan berpendapat, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api panas. Penggunaan minyak teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko barah.



Sementara, minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari. Asid lemak mono tak tepu adalah semula jadi pada kolesterol darah dan dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi sekali gus mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini tidak sesuai untuk menggoreng, sebaliknya hanya digunakan menumis atau dimakan mentah , walaupun ia dikatakan bagus untuk jantung.



Ada yang berpendapat, jenama bukanlah faktor utama yang menentukan baik atau tidak sesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan untuk hidangan menyihatkan. Begitu rasa makanan, jika pandai menyesuaikan cara memasak apa jenis jenama pun boleh menjadikan hidangan itu sedap.



Minggu ini, Dapur Ratu berkongsi dengan pembaca jenis minyak masak yang biasa digunakan ketika memasak mengenai kebaikan atau kelebihan ada pada setiap minyak berkenaan.



Minyak bunga matahari


MINYAK daripada biji bunga matahari adalah salah satu minyak alami yang menyihatkan. Seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari sangat disarankan dipakai untuk mengolah masakan. Kandungan lemak tepunya jauh lebih rendah dan baik untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan jagung.



Minyak bunga matahari mempunyai warna sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila dimasak dan sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang amat likat. Selain itu, minyak bunga matahari juga tidak merosakkan rasa masakan, kaya vitamin A, C, D, dan E yang diperlukan untuk nutrisi tubuh, selain membantu meningkatkan stamina menurunkan kolesterol dan sesuai untuk pesakit diabetes.


Minyak jagung


MINYAK jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’. Minyak ini mempunyai kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit. Minyak ini biasanya digunakan untuk menggoreng. Apabila memasak menggunakan minyak ini jangan terlalu panas dan jangan dipakai untuk menggoreng berulang kali ia bagi mengelakkan khasiatnya berkurangan. Ia mengandungi sejumlah besar zat biologi aktif termasuk phosphatides, positif mempengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan vitamin E yang tinggi, lesitin iaitu antioksidan yang aktif serta sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.



Selain boleh membantu pesakit diabetes, mengelakkan obesiti dan menurunkan kolesterol. Minyak ini juga didakwa berupaya mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.



Minyak zaitun


MINYAK zaitun bukan saja rendah kandungan lemak tepu tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung. Tidak dinafikan, minyak zaitun harganya begitu tinggi dan sering digunakan bagi masakan Mediteranean. Walaupun ramai yang mengatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun tidak sesedap berbanding minyak masak lain, namun ia ada kelebihan tersendiri khususnya sudut kesihatan.



Minyak masak selain yang berasaskan minyak zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak itu memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun, minyak zaitun sekalipun digunakan berulang kali tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau. Perut akan terasa ringan dan puas apabila seseorang mengambil makanan yang ada minyak ini sehingga membuatkan mereka berhenti sebelum kenyang. Ia adalah kesan daripada penguraian tenaga di hati minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat bermanfaat.



Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng tetapi boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. Ia turut membekal vitamin E yang tinggi dan menghindari penyakit kardiovaskular.


Minyak kacang

MINYAK kacang dihasilkan daripada kacang dan diketahui mempunyai sedikit bau. Di United Kingdom ia dipasarkan sebagai 'Minyak Groundnut'. Ia mengandungi lemak cukup tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Selatan atau Asia Tenggara. Lazimnya digunakan bagi menggoreng makanan terutama kentang jejari, ikan, ayam dan sebagainya. Antara khasiatnya pula ialah mempunyai sumber tenaga, protein, vitamin dan serta mineral termasuk fosfor, kalium, magnesium, dan kalsium.



INFO: Beberapa panduan mengenai penggunaan minyak masak:


  1. Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jika dicampurkan dengan minyak lama.


  2. Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan. Jika menggoreng jemput-jemput ikan, sebelum habis goreng pertama, cepat-cepat masukkan gorengan kedua. Jangan pula biarkan api lama menyala dan memanaskan kuali.


  3. Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua.


  4. Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak masak.


  5. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.


  6. Jangan gunakan minyak yang sudah rosak.


  7. Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu.


  8. Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.


  9. Banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak.