Monday, 9 August 2010

Welcome Our New Princess


Salam semua,
Dimaklumkan saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aliya Arissa bt Faizul pada 28 Julai 2010 jam 1.32pm di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Alhamdulillah, akhirnya dimakbulkan hajat untuk bersalin normal and surprisingly dikejutkan dengan kehadiran baby girl ni. Memang tak jangka dapat baby girl sebab duk agak maybe dapat baby boy kut. So kalut-kalut tak prepare langsung nama untuk baby girl.


Ni wajah masa baby tidak bernama hehehe... A few hours after delivered. Tembun bukan main. Ayah paling seronok, terkejut masa nurse tunjukkan baby kat dia. hehe tak sangka dapat jugak anak perempuan katanya..

Ni wajah baby masa dah bernama. Aliya Arissa. Nama dipilih masa baby kena admit kat wad SCN atas sebab diberikan antibiotik selama 3 hari. Maksud Aliya : ketinggian, Arissa : Azam yang kuat.

Abang-abangnya pun seronok dapat baby baru. Arif duk sebut baby girl, Afif panggil baby Ca. Macam-macam....

K la, tak dapat berceloteh lama. Abang-abangnya pun ada kat rumah, grandma diorg datang so tak pergi nursery la depa. Nanti masa duk sorang-sorang dan bertenang-tenang saya akan ceritakan kisah masa bersalinkan Arissa. Till then...

4 comments:

  1. saya bg nama Arissa tu masa Sofeya kat dlm NICU...dgn harapan dia dpt bertahan...
    bleh bli gaun byk2 laa lepas ni.....raya nak dkt pulak tu hehehe

    ReplyDelete
  2. eh Sofeya pun nama ada Arissa gak eh.. tak tau plak. yeay! bleh melaram la ibunya lepas ni cari baju gaun heheh

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yana,
    Alhamdulillah. Tahniah atas kelahiran ni. eh...nampaknya tak berpuasa lah yana tahun ni yea!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam...

    Terima kasih akak. ni kali kedua tak berpuasa sebab bersalin

    ReplyDelete