Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, 29 November 2010

Cerita hari ini



Ni first entry for breastfeeding Aliya Arissa..

Alhamdulillah.. pagi ni saya dapat produce 4 x 80ml untuk adik Cha. Agaknya smlm dia kurang nenen kut. Actually, bila hari-hari bersama dia tak banyak sangat dia nenen. Sebab tu byk dpt, dan kadang2 saya boleh pam susu lagi. Tapi, kat nursery, habis je 4 botol, kadang-kadang 5 botol. Itu buat saya confius nih hehehe.. Susu badan saya ikut mood kut, kejap byk, kejap sikit. Tapi hari-hari boleh laa dapat 5 botol at least [cukup-cukup makan]. Kalau saya skip meal, memang nampak susu sket bila pam.

oleh itu, moral of the story, makan laa ikut time [terpaksa laa gemuk seketika hahaha]

Sebenarnya nak buat entry stok susu saya [sebagai peringatan untuk diri sendiri], tapi terlupa bawa kamera plak. Setakat ni dalam freezer, ada laa 20++ stok, tak terkira plak. Lupa nak tgk catatan kat tepi fridge tu.

Basically macam ni laa, time tak pegi ke mana-mana, tak berkejar ke sini ke sana.. boleh laa dapat pam 3x per day, kalau tak 2x per day je laa. takut gak suatu hari susu merudum especially bila stat cik P datang dan selepas bulan puasa menjelma. Nak beli deep freezer, macam tak byk sgt stok yg ada skg ni, kang dikatakan tidak berbaloi plak hehehe.

Sangat teringin menyusukan Cha sampai dia besar 2 tahun nanti. Semoga Allah memberi peluang ini untuk saya berbakti kepada anak saya.. Amin...

Friday, 19 March 2010

Finally, end of breastfeeding journey

Sedih bila lihat topic ni. Hajat tak kesampaian. Tapi nak buat cemana, dah disahkan pregnant, i decided not to do the pumping session. Reason why? Ku rasa pening-pening setiap kali lepas mengepam and feel macam contraction (not sure tu contraction ke tak, tp rasa macam nak datang period gitu)... tak mau ambil risiko, i stop pumping. but still i can breastfeed afif at home. Afif dibekalkan susu sama macam abangnya. I realize i'm pregnant when afif already 1 year old and my pregnancy is almost 2 months old. Serius, tak tau masa tu pregnant sebab sebelum tu ada keluar spotting macam awal-awal period selama seminggu. Tapi, after coming back from bengkel strategik planning last December, ku perasan diriku asyik rasa nak loya-loya, pening-pening. Tak mau sangka i'm pregnant again. tapi, when it come to situation morning sickness almost everyday dan rasa tak berapa sedap hati, i went to guardian and bought a UPT test. The result is +ve... oh my God! rasa macam tak percaya langsung.. terus call abang bgtau, and of course la he was very happy with the news... aku la terpinga-pinga... cadangnya nak tunggu at least afif 2 tahun, lagi pun masa bersalinkan afif operate... seriau gak...

I realize then, this is "rezeki" yang Allah nak bagi kat kami.. anak berderet-deret hehehe... Penat memang penat, tapi bila dah makin membesar seronok tengok gelagat diorg berebut mainan, gaduh-gaduh tarik rambut, gigit sesama sendiri, ketuk-ketuk kepala... macam tu laa kalau dah dapat anak lelaki 2 orang. this coming baby don't know the gender yet. I just hope the baby will be fine as his/her brothers.

Breastfeeding journey aku, rasanya macam dah end dah kut... sebab rasanya susu dah xde.. even aku picit-picit pun x keluar susu. maybe sebab aku stop mengepam agaknya walaupun bila balik keja afif mintak gak... sekarang pun dia mintak lagi, especially waktu dia nak tido.. walaupun susu dah sebotol abis. Tak kisah la lepas ni dia nak tandem nursing pun, tapi bila baby dah abis nyusu laa.. kalau tak, sian baby nanti...

rasa tak sabar nak teruskan misi bf for the next baby (plus maybe afif akan mintak juga).. tinggal lebih kurang 4 months je, insya Allah due date on 2nd August. kali ni semangat nak buat stok masa pantang, supaya tak kalut nak tinggalkan waktu kerja nanti. Ilmu perlu digali lagi, plus nak tambah bf gadjet.. nak beli medela harmony in case susah nak mengepam kalau takde supply. and no more formula milk selama mungkin.. harap-harap dimakbulkan hajatku ini... Amin...

Tuesday, 12 January 2010

Permata Hati: Usah fikir dua kali beri susu badan

lagi artikel untuk dikongsi bersama...
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ratu/20100112103732/Article/index_html

USTAZAH Fatimah Az Zahra dalam satu kuliah pernah menyatakan menyusu badan bukan pilihan, sebaliknya diwajibkan ke atas ibu melahirkan malah ditekankan dalam Surah An-Nisa. Katanya, ‘muslihat’ di sebalik suruhan menyusukan hingga ke usia dua tahun itu tidak boleh dipandang ringan kerana sekiranya tidak diikuti ia mungkin memberikan implikasi buruk kepada anak atau ibu sekiranya diabaikan kerana ia undang-undang Allah.


Menemui Ketua Pegawai Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd, Rita Rahayu Omar, beliau berkata kajian sains membuktikan penyusuan badan memberikan 1,001 kebaikan kepada ibu serta bayi. “Memberi susu ibu atau lebih mesra digelar susu badan, boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik dan lembut hati,” katanya. Kini, faktor berkenaan sudah dapat dibuktikan dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.


Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, dalam satu jurnal perubatan mendedahkan penyelidikan pihaknya menunjukkan penyusuan badan secara eksklusif dalam jangka panjang, sekurang-kurangnya enam bulan pertama sejak lahir, mampu membuatkan kanak-kanak menjadi lebih bijak. Malah sekiranya dilihat di hospital kerajaan atau hospital mesra bayi, tertera dengan jelas mengenai hal berkenaan membuktikan usaha untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan badan.


Saya ingin berkongsi fakta menarik mengenai laporan dalam majalah Archives of General Psychiatry, yang mana Prof Kramer menunjukkan keputusan selepas mengkaji 14,000 kanak-kanak selama lebih enam tahun. Kajian dibiayai Institutes of Health Research menunjukkan jumlah bayi berusia tiga bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah tujuh kali lebih tinggi daripada kumpulan kawalan, yang mana galakan tidak diberikan. Keupayaan kognitif kanak-kanak di analisa dengan ujian IQ yang dikendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain. Pada usia enam setengah tahun, kanak-kanak yang mendapat susuan ibu, memperoleh secara purata 7.5 mata lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 mata lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Lebih menarik, guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik. Ia jelas membuktikan kesan penyusuan ibu terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat.


Apa yang masih dalam teka-teki kerana tidak ada penerangan jelas sama ada kebaikan menyusu itu disebabkan kandungan susu itu sendiri, atau sebenarnya kesan interaksi sosial ketika penyusuan berlangsung yang mana komponen fizikal dan emosi pada sepanjang proses menyusu itu, menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak.


Sudah terang lagi bersuluh. Mengapa masih ada segelintir ibu yang enggan menyusu anak sendiri, sementara memberi susu terbaik dan termahal harganya (atas pengaruh media barangkali) menjadi pilihan? Alasan tidak menusabah tidak harus terpacul daripada mulut seorang ibu, walaupun Rita menyatakan orang sekeliling ‘membantutkan’ keinginan ibu menyusu badan, lempar jauh-jauh kata tidak memberi semangat itu demi kebaikan permata hati tercinta.


INFO:
Mulakan penyusuan

• Susukan bayi sebaik saja bayi dilahirkan di dalam bilik bersalin. Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari di mana payu dara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa.

• Usah terima terlalu ramai pelawat bagi membolehkan anda berdua-duaan dengan si kecil. Anda juga tentunya lebih senang dan selesa.

• Susukan selama mana yang bayi inginkan. Manfaatkan masa dengan si kecil.

• Jangan menyusukan ketika bayi anda ‘melalak’, sebaliknya biarkan reda dulu dengan mendakapnya. Bila si kecil sudah tidak menangis dengan kuat, barulah disusukan.

• Utamakan keselesaan anda ketika menyusu. Sokong bahagian belakang atau kepala dengan bantal supaya tidak lekas penat.

Thursday, 17 December 2009

Cara-cara Membuat Stok Semasa Dalam Pantang

Entry untuk breastfeeding. Ku cedok dari http://www.diyaluna.com/ untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang sedang pregnant [dan bakal pregnant]

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
(Case 1) Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
(Case 2) Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
Case 1 – 15 minit sebelah breast
Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari di dalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk di dalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik
tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8. Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta... :)

Monday, 23 November 2009

Breastfeeding Journey


Alhamdulillah, my breastfeeding journey still going on almost for 1 year. Hopefully, boleh breastfeed Afif for another 1 year. pastu leh la planning nak dapat adik baru hahahah
Ibu cuba sedaya upaya bagi yang terbaik buat anak ibu

Thursday, 6 August 2009

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Ku copy cerita ini dari forum ratuhatiku.com sebagai pembakar semangat buat
diriku. Syabas kepada penulis cerita ini!


Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..Mak igt tak adik dr kecil smpi besar Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai Anak bongsu mak sorang nie
Disaat spt itu lah mak suka Bercerita dgn adik ..
terutamanyaPengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan??
Mak bersalin kan adik semasa Kandungan berusia 7 bulan
Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan Mak pula ketika itu hanya Menaiki basikal tua
tuk Menjual kuih..
masa mak cerita tuAdik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adikmcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg
Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan??
Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagi pon mak kata kita tak mampu nak beli pam sebab bapak pon Kerja sebagai tukang kebun jer di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak belikan mak pam& nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nieMAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!

Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik kena guna tiub yg disediakan…
masa tu Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan Yg mcm tue…
Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad Sebab mak terlalu lama kat sana & adik pulak
masih kena tinggal di dlm kotak oksigen tu lagi..
Mak tanya doctor susu mcm mana??
Doktor cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu’
Doctor tak ada pilihan melainkan Setuju dengan mak..
Bila adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…

Mak..
Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..
Mak cakap hanya guna susu mak jer Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk Cuma mak tau byk antibody jer…
Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaik Selain dari susu mak kan??

Mak...
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak Hehehehe
kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.Mak igt tak???

Mak ..
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2 mak tak nak adik sakit lagi

Mak..
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan..Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan??

Mak..Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..

Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam Belakang surau tu..
mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marahA
dik takut kena pukul..tapi bila malam tiba Adik cakap terus terang jer..
Mak teus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab nak yg minum susu ibu nya dengan baik Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..Maafkan la nyah…
tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue..
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak Begiitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mesti seronok kan??Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan??Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…Mak marah adik…
Mak terus cakap kat kawan adik Kalo betol suka kan adik Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi
Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak

Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..

Mak...Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak...Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saraf tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…Selepas mak dikeluarkan hospital Kami adik beradik beli Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak Melakukan fisioterapi di umah

Mak..Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik Tak akan putus asa
adik akan ikut Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali Adik balik kerja??
mak igt tak??Ada satu hari lepas adik mandikan mak Adik terus cium mak
adik cakap kat mak Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak...Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak Gi toilet ngan menantu mak tue…
Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..Tak lama lagi kita nak raya..Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…
Mak...Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2 Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak Berikan pada adik

Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak...Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan??Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi takut nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…Tapi mak senyum jer..

Mak..Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan??Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…Mak suruh adik Janji ngan mak kan???
Mak igt tak??

Mak... Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…Hari nak malam nie…Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ..Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan??
Lepas tu mak di kapan kan..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan…

Mak... Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat..Rupa nya surat mak kepada anak2 mak..
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..Sejak ari tu mmg kami adik beradik Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH

MAk..Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI..
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…Cukuplah sampai disini dulu..Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu Supaya menjadi renungan…

Mak..Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM