Thursday, 17 December 2009

Cara-cara Membuat Stok Semasa Dalam Pantang

Entry untuk breastfeeding. Ku cedok dari http://www.diyaluna.com/ untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang sedang pregnant [dan bakal pregnant]

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
(Case 1) Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
(Case 2) Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
Case 1 – 15 minit sebelah breast
Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari di dalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk di dalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik
tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8. Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta... :)

Outstation for 3 days


From 21 - 23 December 2009, ku & opis mates akan bersiaran di luar daerah [ku hangkut semua sekali, hb, abang, adik] untuk menjayakan misi seperti capture di atas. Hope success will be ours since this is the 1st time organizing that such event. Insya Allah akan bermalam ni hotel yang sama. Ku dapat booked bilik standard room [sebab bilik lain rega tak mampu untuk tampung sepanjang 3 hari - ku tak anta paper, kalu tak bleh godek2 duit geran].

nampak macam boleh tahan. boleh la hero2ku bergolek2 dalam bilik tu.

gambar kecik je amik dari website dia. kalau dah sampai sana kalau sempat ku snap lagi picture seperti di atas

tak sabar nak bawak hero2ku main di pantai feringghi. mesti besh! [ish kena beli swimming suit ke?]

tapi, ku sangat teringin nak menghadapi saat-saat seperti di bawah ini:


[malangnya tak boleh disebabkan conditionku ini ~ adus.. bila nak boleh ni bang ooiiii]

Next week off opis for the whole week. Lepas event, amik cuti terus. Habis cuti terus masuk kuliah huhuhuhu [dah ler teaching load sudah bertukar (opps bertambah)]

Tak sabar nak ke Penang weekend ni. Tata....

Thursday, 10 December 2009

Surprise!

Apa menda yang surprise nih? Ada laa... nanti cheq habaq nooo...

~pening-pening byk kije sgt smpi tak perasan sesuatu ~

Tuesday, 8 December 2009

Strategic Planning @ The Heritage Hotel, Cameron Highland

Penat sungguh perjalanan nak gi bengkel kali ini. Yang terlebih penat of course my hubby.. Drive dari Perlis - CH, CH - Penang on the same day. Rehat sejam je. Sian kat ayahmu... 2 days lepas tu ayah drive ke Ipoh plak, ada event kat sana. Esoknya baru ayah naik balik CH. Lusa balik Perlis tp singgah bermalam di Sp dulu.. Perjalanan yang sungguh jauh..

Walaupun sejuk, bengkel tetap jalan. Bak kata bos, "this is not a holiday, but working holiday".. jalan-jalan la gak naik bas ke Bharat Plantation Tea, Strawberry park, beli bunga-bunga... Enjoy tapi penat laa.. berkejar sini sana.. Ye laa.. naik bilik bila si adik ngamuk nangis.. dah tenteram turun plak.. nasib baik depa tak kata apa2.. xpe, yang penting participation ada..

Jom layan gambar-gambar sepanjang berada di cameron... len kali leh buat trip lagi. kali ni holiday plak [bila nak jadi kenyataan ni?? asyik holiday atas urusan keja je...]








Aidiladha

Terlambat posting pasal baru je balik dari bengkel di Cameron Highland. Tahun ni raya di SP je. raya gitu-gitu je sebab hari raya ke2 dah balik Perlis. Raya ketiga kami join korban kat UniMAP. Tiada interesting story di sini pasal fokus lebih terarah pada perjalanan yang bakal dilalui 2 hari berikutnya.. lepas solat sunat Aidiladha, family mentua ajak sarapan kat tesco duu [ada kaa?? pagi-pagi raya orang lain buat? hahaha] Hubby pun suka sangat ler nak gi sarapan kat A&W.. Sebab hari Jumaat, 1/2 hari kami kat situ shopping lalalalala...

Monday, 23 November 2009

Breastfeeding Journey


Alhamdulillah, my breastfeeding journey still going on almost for 1 year. Hopefully, boleh breastfeed Afif for another 1 year. pastu leh la planning nak dapat adik baru hahahah
Ibu cuba sedaya upaya bagi yang terbaik buat anak ibu

17 November 2009 ~1st Birthday Afif Ashraf~



Akhirnya pejam celik dah setahun rupanya ibu membesarkan anak ibu yang lasak ni. Tak terkejar tangan kaki ibu selama membesarkanmu. Hehehe. Alhamdulillah, selepas bertarung selama sejam di operation room [ibu tak tenteram 1st time masuk OT, ayah di luar susah hati dengar kenyataan dari doctor], Afif selamat dilahirkan. Merungkaikan segala keresahan di hati, tatkala ibu dengar tangisan pertama anak ibu. Hati masih berdebar-debar, selamatkah anak ibu setelah doctor menyatakan keadaan anak ibu tidak berapa stabil sebelum ibu dimasukkan ke OT. Ketakutan pembedahan hilang begitu saja, perasaan ingin tahu keadaan anak yang dilahirkan semakin mendesak. Berkali-kali ibu tanyakan doctor baby selamat tak? Baby selamat tak? Bila doctor kata semuanya ok, ibu rasa lega. Tapi masih tak puas hati, ibu tanya lagi nurse, nurse meyakinkan ibu dengan jawapan yang sama. Anak ibu ditunjukkan pada ibu, comel... comel macam abang dilahirkan dulu.. Alhamdulillah... ibu lega sayang.. Anak ibu lahir sihat walafiat. Ibu lega bila telahan doctor tidak menjadi kenyataan. Kalau la apa yang doctor katakan itu benar-benar berlaku, ibu tak tau apa yang akan berlaku pada ibu pada masa tu.

Afif Ashraf - Newborn




Afif Ashraf - 1 year old

No celebrating for Afif at home. Just bought a cake and give to nursery. Hehehe. Maklum la, ayahnya takde, outstation.

Tapi yang bestnya, pagi-pagi bangun kul 5 am, bergelak-gelak tak mau tido dah smpi waktu dia kat nursery. Macam tau-tau je birthday dia hari tu...

Sangat Bersawang

Berhabuk giler laman sesawangku ini. Adui.. banyak story nak share, but lack of time [sangat teruk time managementku ini]. Yang jadi teruk sebab semester ni ke hulu ke hilir sampai nak lepak kat bilik sendiri pun tak sempat. Rasanya banyak perkara yang dah missed out from the date.. Terlupa sudah perkara-perkara especially bila Afif start berjalan [the exactly date], development Arif.. hmm.. semua dilalui tanpa jot down in this blog. [nak tulis diari lagi laa.. agaknya habis diari dikerjakan dua heroku itu]

maybe a few days setelah settle sebahagian kerja [banyak lagi menanti nih] akan ada few updates dariku heheh [hopefully!]

Tuesday, 29 September 2009

Wednesday, 2 September 2009

Satu hari di Perodua Service Centre, Alor Star

tau tak dia tgh tgk apa? ada kakak makan aiskrim.sib baik x mintak..

tengok adik main nak masuk gak la

abang mula-mula xmau

suka adik panjat-panjat ni

mula-mula adik masuk dulu

Arif Aiman is turn 2 YO

Happy Birthday my dear son.

Date : 30 August 2007 @ 5.15pm
Location : Labor room, Hosp Tuanku Fauziah,Kangar


Date : 30 August 2009 @ 5.15pm

Location : Home sweet home

My son is grow up now. Go go go... Time is so fast, yet ibu still remember the sweet moment by the time ibu delivered you to the real world. The pain was gone (of course still got the pain after that), ibu felt really excited that time. Ibu called ayah, ayah was excited too... By the time the nurse gave you and put on my side, helping and trying ibu to breastfeed you. You don't know how to suck my nipple for the first time. Ibu told nurse that ibu will try it later in the ward. Feeling exhausted, thirsty because ibu have to fast from 7 am until you delivered because of the induced the doctor gave to me.

Ibu send messages to our relatives and colleagues to announced your birth. They were all happy too, my uncle said "tak sempat nak tunggu merdeka 50 tahun!". heheh. Nevermine.. Ibu have given birth to a healthy boy, we named you Arif Aiman as we agreed to select the name before you entered the world. By the way, you also got present from hospital for celebrating the 50th national day tomorrow morning.

And now, alhamdulillah... You always makes my day (but sometimes made me gerammmmm sangat hehehe). Hopefully, one day you will be a good person. A person that can help others, who tolerate to others, a brilliant person and a leader to your siblings. Congratulations my dear as you've achieved 2 years old! Ibu loves you so much.

Monday, 24 August 2009

Salam Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, dapat menempuhi 2 hari sebelumnya dengan selamat :). Kuliah bermula hari ni, selepas seminggu student cuti mid-semester. A little bit sakit belakang, tak tau kenapa. Sepanjang 2 hari berpuasa, cuak gak takut Afif tak puas menyusu. Tapi, dari pengamatan daku, dia nampak ok. Nenen sikit-sikit je. Tau kut ni bulan posa. Ku tak tau amount susu berapa sebab tak pam pun 2 hari tu. Hari ni baru start pam, so far output macam biasa. Harap-harapnya ok laa... Malam lepas berbuka pulun minum air sikit-sikit takut dahaga sangat waktu siangnya. Alhamdulillah...

Salam Ramadhan buat semua yang membaca coretanku ini :)

Thursday, 6 August 2009

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Ku copy cerita ini dari forum ratuhatiku.com sebagai pembakar semangat buat
diriku. Syabas kepada penulis cerita ini!


Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..Mak igt tak adik dr kecil smpi besar Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai Anak bongsu mak sorang nie
Disaat spt itu lah mak suka Bercerita dgn adik ..
terutamanyaPengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan??
Mak bersalin kan adik semasa Kandungan berusia 7 bulan
Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan Mak pula ketika itu hanya Menaiki basikal tua
tuk Menjual kuih..
masa mak cerita tuAdik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adikmcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg
Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan??
Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagi pon mak kata kita tak mampu nak beli pam sebab bapak pon Kerja sebagai tukang kebun jer di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak belikan mak pam& nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nieMAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!

Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik kena guna tiub yg disediakan…
masa tu Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan Yg mcm tue…
Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad Sebab mak terlalu lama kat sana & adik pulak
masih kena tinggal di dlm kotak oksigen tu lagi..
Mak tanya doctor susu mcm mana??
Doktor cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu’
Doctor tak ada pilihan melainkan Setuju dengan mak..
Bila adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…

Mak..
Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..
Mak cakap hanya guna susu mak jer Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk Cuma mak tau byk antibody jer…
Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaik Selain dari susu mak kan??

Mak...
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak Hehehehe
kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.Mak igt tak???

Mak ..
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2 mak tak nak adik sakit lagi

Mak..
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan..Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan??

Mak..Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..

Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam Belakang surau tu..
mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marahA
dik takut kena pukul..tapi bila malam tiba Adik cakap terus terang jer..
Mak teus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab nak yg minum susu ibu nya dengan baik Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..Maafkan la nyah…
tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue..
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak Begiitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mesti seronok kan??Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan??Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…Mak marah adik…
Mak terus cakap kat kawan adik Kalo betol suka kan adik Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi
Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak

Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..

Mak...Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak...Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saraf tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…Selepas mak dikeluarkan hospital Kami adik beradik beli Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak Melakukan fisioterapi di umah

Mak..Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik Tak akan putus asa
adik akan ikut Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali Adik balik kerja??
mak igt tak??Ada satu hari lepas adik mandikan mak Adik terus cium mak
adik cakap kat mak Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak...Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak Gi toilet ngan menantu mak tue…
Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..Tak lama lagi kita nak raya..Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…
Mak...Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2 Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak Berikan pada adik

Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak...Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan??Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi takut nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…Tapi mak senyum jer..

Mak..Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan??Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…Mak suruh adik Janji ngan mak kan???
Mak igt tak??

Mak... Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…Hari nak malam nie…Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ..Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan??
Lepas tu mak di kapan kan..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan…

Mak... Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat..Rupa nya surat mak kepada anak2 mak..
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..Sejak ari tu mmg kami adik beradik Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH

MAk..Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI..
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…Cukuplah sampai disini dulu..Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu Supaya menjadi renungan…

Mak..Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, 5 August 2009

Update Perkembangan Si Kecilku

Afif dah masuk 8 bulan. Arif will turn to 2 years end of this month. Cepatnya masa berlalu. Dah lama tak update. Ibu tak dan duk depan pc lama-lama. Afif sekarang makin ligat. Huish, aktif dan lasak sungguh anakku itu. Lately, dia dah pandai tonggeng2 bontot, gayut kat ayah dia sambil nak lepas-lepas tangan. Merangkak belum lagi. Arif plak makin lama makin kuat merajuk, tegur sikit mula la buat aksi telentang atas lantai. Tak kira di mana jua. Kedai, umah orang, atas rumput. Haish.. geram sungguh ibu ngan ayah ngan perangai dia ni. Ntah nape ntah makin menjadi-jadi perangainya. Adui anakku...

Selalu adik jadi mangsa buli abangnya. Tak leh adik nak sentuh barang abang, mesti nak ketuk-ketuk kepala adik. Time kena sikit adik terpinga-pinga la, time kena teruk meraung la si adik. Bila time main, pandai la plak dia main aci cak ngan adik sampai adik gelak sakan.

Bila time salah sorang tdo, ada la tukang nak tolong gerak. Kalau adik tdo, abang tolong gerak. Pagi-pagi kalau dia bangun dulu mesti dia gerak adik dia. Ayat dia bunyi gini "Adik... ngun.. olah" (adik, bangun, pegi sekolah)... pandai plak dia kejut adik camtu. kadang bila abang tdo adik plak sibuk nak kacau abang sampai kadang-kadang ibu cepat-cepat tarik adik sebab takut abang meraung sakan payah nak pujuk...

Ku upload sket gambar-gambar terbaru si kecikku ini.

ni masa kat hotel kat langkawi

posing atas moto abang

tengok tu ku cepat-cepat snap gambar adik tgh gayut [hasilnya sedikit blurr]

Mode H1N1


sana sini cerita pasal H1N1. serius, takut dan gerun bila dengar berita kematian kes ini. cepat betul merebak. ku yang ada anak kecik apatah lagi. nak gi mana-mana pun risau. paling haru dengar berita kematian ke-8. seorang ibu muda baru bersalin 2 minggu jadi mangsa. kesian si kecik itu. tak sempat nak rasa dakapan belaian ibunya. moga si kecik tu selamat hendaknya dan membesar dengan sihat.

last week pegi jusco perda, bukit mertajam. dinasihatkan balik. ku yang berangan nak cari kasut baru tak jadi round2. just sempat beli 2 lai seluar slack je. tu pun sib baik sbb mmg kat gnd floor. masuk kut pintu situ. sian ayah, penat drive jauh-jauh dengan kaki sakit dan badan x sihat. isnin ayah makin x sihat. batuk teruk. ku risau lagi pasal kes ni. pegi klinik, dr check ada simptom radang paru-paru. suhu badan 37.5 deg, diberi MC 3 hari. lagi susah hati ku mendengar. hanya berdoa moga hubbyku recover cepat-cepat.

p/s: moga wabak ini tidak menular dengan cepat. setiap hari susah hati bila dengar ada kes baru. huhu~

Thursday, 9 July 2009

Kepenatan

Dah lama tak mencoret sesuatu di sini. seminggu lebih berada di terengganu bulan lepas, balik je ada kursus seminggu. then a week after minggu orientasi new students, this week dah stat kelas. huish, cepat sungguh masa berlalu. kat rumah pun kelam kabut. tak sempat nak ngemas bagai. last week balik sp, emergency. abah sakit. ujung minggu ni plak ayah ajak pegi langkawi. selasa - khamis depan ibu dah nak kena gi KL... huhuhu nak kena tinggalkan si comel ibu 2 orang tu. nasib baik nenek & uncle mat sudi datang tolong ibu jaga anak-anak ibu yang comel nih. kalau tak, pening kepala ayah gamaknya hehehe.

last week on sunday, ibu dapat berita yang mengejutkan. one of our technician ditemui meninggal dunia dalam bilik air. tragis sungguh cerita yang ibu dengar dari kawan-kawan opis yang mengunjungi rumah mendiang bagi memberi penghormatan terakhir buat beliau. ceritanya begini....

mendiang Mr Phang mostly every weekend akan balik ke ipoh, naik bas. lepas opis hour hari jumaat, malam tu dia naik bas ke ipoh n of course tgh malam smpi sana. on the way back balik umah dia, (he usually walking to his home ~ about 15 - 20 min walk), beliau dikatakan diragut & dipukul. based on tiada apa yang ada pada beliau (wallet, handset, even beg baju pun takde).. polis buat assumption yang beliau dirompak. mendiang mr phang sangat kental orangnya. cekal sekali menghadapi saat-saat terakhir seorang diri, gagahkan diri pulang ke rumah berjalan kaki dalam keadaan sakit. tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada dirinya sehinggalah isterinya (isteri beliau berada di USM - kerja di sana) telefon tapi tak dijawab. Risau memikirkan sesuatu berlaku pada suaminya, saudara yang berdekatan dihubungi. apa yang ditemui hanyalah jasad mr phang terbujur kaku dalam bilik air.

itu cerita yang kami dengar dari pihak keluarga mendiang. sedih, pilu mengenangkan cerita ini. beliau sangat baik, hormat orang lain, banyak membantu walaupun ibu jarang sekali bertemu dia.

kuliah sudah bermula. semester ni, buat pertama kalinya ibu akan mengajar dalam kuliah. rasa risau, cemas, takut apa yang ibu akan sampaikan tak difahami oleh student. keadaan agak kelam kabut sedikit memandangkan mereka informkan perkara ini beberapa hari sebelum minggu kuliah bermula. but, i do set my mind insya Allah boleh. :)

k till we meet again in next entry. so bz lately....

Monday, 1 June 2009

ASQED 2009

petang Jumaat, ibu dapat call dari opismate bgtau ibu terpilih untuk menyertai symposium kat KL nih. Weekend balik SP, so ibu tak berpeluang nak intai-intai email yang dimaksudkan tu. pagi tadi ibu check email, ni la email yang ibu dapat:



15 - 16 Julai 2009. Lambat lagi, tapi ibu dan ayah dah runsing-runsing dah. Cemana ngan Afif ye?? Ibu takde solutions lagi sekarang ni. Hari ni malas lagi nak fikir pasal tu. Biaq pi la dulu!!

Wednesday, 27 May 2009

Tuesday, 26 May 2009

Cuti Beku!!!

Nape bos ajak buat meeting time ibu plan nak cuti??? aduiiiii.... kena tukar plan la plak!

Gunting Rambut

Entri ni dah lama. 2 minggu yang lepas. Ibu lambat nak upload gambar ni dari hp ibu. Ibu dah baper kali ajak ayah pegi gunting rambut Arif Aiman, tapi tak dan dan lagi. So petang Jumaat suatu minggu tu lepas balik keja terus singgah kat kedai auntie. Bgtau kat Arif nak gunting rambut. Memula cam excited la konon-konon. Bila sampai time nak gunting rambut, duduk atas kerusi ok lagi. Auntie start gunting ok lagi, tapi bila ayah kalut nak amik gambar (haha sbb ibu suh ayah amik gambar, 1st time gunting rambut kat kedai), dia mula nak sob sob dah. pastu tak lama tu hua hua laa. kelam kabut auntie gunting cepat-cepat. dah abis tu ok la. masuk kereta terus senyum-senyum. apa la anak ibu nih.


sebelum rambut pendek

tengok tu muka dah cebik dah

hua hua hua

nampak tak air mata meleleh?

on d way balik. macam xde apa-apa je. rambut dah pendek!

Wednesday, 20 May 2009

Cloth Diaper II

Salam sahabat-sahabatku. Ku update sket sebanyak pasal CD pasal ada yang bertanya. yang aku beli ni brand LUNATOTS, ku beli dari sahabat melalui http://www.srisuri.com .


antara CD yang ada dah siap dilipat dan dimasukkan insert

Lunatots Velcro One Size Cloth Diaper (RM48.00)

(Velcro: maksudnya macam zipper tu. alaa, cam zipper kasut sekolah tu)
Dianya keterangan pasal CD ni adalah seperti berikut:

  1. Made in China
  2. Waterproof Outer layer is made from PUL (Polyurethane Laminate)
    Inner layer of custom micro fleece that keeps baby dry
    Super absorbent 3 layer Microfiber Inserts (also called Soaker)
  3. Additional Velcro Fastener with Laundry Tab
  4. Unique design of 3 * 3 snaps to adjust the size
  5. Fit baby weight from 3 kg to 13 kg (approximately 3 YO before potty train)
  6. Suitable to be used during night time(approximately 10pm - 7 am) with 2 inserts. But it may varies to your baby's frequency of urination.

ni rupa luarannya

ni rupa dalamannya

kalau beli 1 CD biasa dapat 2 insert. Insert ni amenda plak? Insert ni cenggini:
Lunatots Microfiber Insert
(It is usable for different brand of Cloth Diaper too)
  1. These microfibre-inserts (80% polyester, 20% polyamide) are made from 3 layers of super soft, incredibly absorbent yet chemical free microfiber terry cloth.
  2. They are trim and thin yet can hold up to 12oz (M-XXL) of fluid in ONE insert!
  3. Also known as Insert/Soaker/Liner
  4. Washable & Reusable
  5. Size 30x14 cm
  6. Anti-bacterial because of its dense fiber structure
  7. Use laundry bag to wash your Lunatots Cloth Diaper.
  8. Lunatots Tips : One insert is enough for a daytime diaper(3-4 hours). At night time (5-6 hours), we do recommend using two inserts.

sebelah CD tu insert dia (insert tu cam lampin la)

insert dimasukkan dalam poket CD

Lunatots Washing Guide:

  1. Wash diapers prior to first use to remove residues left behind from fabric manufacture.
  2. It is advise to wash it at least once it hot water with no detergent.
  3. Remove any solid and flush down the toilet before washing.
  4. Do not use bleach or fabric softeners because it might break down the fiber and reduce the life expectancy of the diapers.
  5. Line dry in the hot sun or in the dryer on medium heat.
  6. Do not iron or dry clean.
  7. Use Lunatots Laundry bag to wash your Lunatots Cloth Diaper. (aku belasah je basuh tak buh dalam laundry bag pun. bilas-bilas dulu terus masuk washing machine hahaha)

sape-sape ada kemusykilan lagi, bleh laa tanya.. no hal.. saya pun budak baru belajar.

Posing Terbaru

Untuk tatapan cik Nor dan Mak Su yang jauh di mata. (eh lupa plak pakcik mat kat France heheh.. adakah gelaran anda pakcik mat??? sila beri gelaran anda ye sebelum anda pulang cuti nanti)




Perkembangan Afif Ashraf

Last week pegi regular check up Afif. Kali ni xyah cucuk, just timbang je. Berat Afif naik lagi, walaupun bukan 1 kg dah. Naik 400g je. Perkembangan Afif setakat ni:

Lahir : 2.95 kg
1 bulan : 4.2 kg
2 bulan: 5.5 kg
3 bulan : 6.3 kg
5 bulan : 7.2 kg
6 bulan : 7.6 kg

sekarang ni Afif dah stat mamam. 1st makanan nestum. masa tu bising dia bila tgk ibu suap nasi kat abang. bila ibu bancuh nestum sengih-sengih. meacih ibu!! ama-ama afif

last weekend ibu pun masakkan bubur kosong kat afif. mula-mula x blend. sian plak dia nyam nyam bubur yang biji-biji tu walaupun ibu dah lenyek. so esoknya ibu pun blend la. hari ni ibu masak bubur dengan segera sebab ibu terlewat bangun td. masak bubur ngan carrot. pastu blend. tgk dlm 4x makan kalau ok ibu tukar menu lain ye. selamat belajar makan anakku.

17 Mei 2009 : Happy Birthday Ibu

Birthday ibu jatuh pada hari keputeraan Raja Perlis. Maknanya tiap-tiap tahun ibu sambut birthday ngan Raja hahaha. Tapi duk dengar bunyi aeroplane dari rumah je la. Kalau Raja tau aku share birthday dengan baginda mesti baginda ajak celebrate sama-sama kan kan? hahaha berangan lebih la ibu nih!

Bangun pagi pas solat subuh, cepat2 pi basuh baju, sidai baju, wat itu ini sebelum si kecik comel 2 orang tu bangun. Dalam kul 8 lebih adik bangun, pastu abang plak bangun. Saje je abang tu tak bangun kalau orang x kejutkan dia. Lagipun ayah xde, pegi KL xde sape nak kejutkan dia hehe.

Hari tu agak teratur sket berbanding hari sebelumnya. Ibu mengamuk sebab lapar x sempat nak makan tambah plak gas abis. Time orang nak masak lapar-lapar tu la gas abis. Geram tul. Trus ibu jadi incredible hulk masa tu. hahaha. sian abang kena marah ngan ibu.
Xyah citer la hal tu. malas nak ingat balik hahaha. Meh citer pasal hari keputerian ibu hehehe. Ayah balik dari KL dalam pukul 4 gitu. masa tu ibu tgh suapkan adik bubur kosong, abang tgh lena diulit mimpi. Tapi dengar suara ayah je trus bangun, nangis2 mintak ayah dukung. Rindu kat ayah la tu. Sampaikan nak salin lampin pun mintak ayah pakaikan. Ibu nak pakaikan xmau. Anak ayah, anak ayah...

Sempena birthday ibu, x celebrate pun. xde kek pun. sob sob sob (macam la penah ada kek sebelum-sebelum ni hahaha). tapi ayah ada belikan ibu 2 pasang kain. Cantiknya... Ibu mintak beli yang biasa-biasa je, tapi ayah belikan yang cantik2.. Tima kasih ayah! Cayanggggg dia... muahhhssss hehehehe


sepasang kurung biru

sepasang kurung corak batik

Thursday, 14 May 2009

Abang vs Adik??

Masa mula-mula Afif lahir, ramai yang kata mukanya dengan abangnya sama. Mula-mula memang nampak sama. As the time goes by, ada beza wajah mereka berdua ni. Meh kita tengok:

Newborn

1 month

2 months

3 months

4 months

5 months
Ada beza tak? hehehe