Hari Sabtu lepas, muka Cha dah merah-merah teruk gitu. Actually, first jadi lepas banjir, [seperti gambar dibawah]. Tak tau apa puncanya, tapi saya syak wasangka sebab bekalan air yang kurang bersih selepas banjir. Lepas sapu cream, dah surut biji-biji tu. Tapi, hingga sekarang, belakangnya berparut, poor my Arissa.
Lepas tu balik berhari raya, saya lantak nasi lemak berlaukkan ikan aya [orang utagha panggil ikan tongkoi]. Esok paginya, muka Cha keluar bintik-bintik merah macam kena ruam gitu. Saya sapu balik cream yang doktor bagi sebab biji-biji tu. Alhamdulillah, dah kering. Tapi, kulit muka jadi kering laa plak.
Pastu, singgah balik SP umah mertua, dijamu ngan ikan terubuk bakar. Nyum-nyum laa saya ni, dah lama tak makan kan.. Esoknya, muka dan sedikit badannya keluar ruam-ruma lagi. Alaa, poor again my Arissa. Saya bawa pegi klinik cepat-cepat sebab my husband akan outstation lepas tu, doktor bg calamine lotion dan ubat makan. Tapi, makin teruk plak muka dia. Last-last semalam saya start guna balik cream tu, dan pagi ni dah kering dah radang muka dia..
Sebab salah makankah? Huhuhu, tapi, nasib baik tu jarang sekali makanan yang saya makan. Lepas ni saya takkan makan lagi.
Call a few friends regarding benda ni. Pn.Has suggest beli ezerra, [tak terbeli pun lagi] , my friend Dr. Asyura suggest guna hydrocort since saya tanya dia pasal fucicort [fucicort tak disuggestkan guna sbb ada steroid, tak sesuai utk kulit muka], last-last saya guna cream tu aja.. Cuma kulit muka dia dah gelupas-gelupas la sket, nak kena cari aquos cream laa.. agak-agak kat farmasi ada tak ek?
yana, aritu tgk aquos ni ada kat guardian..
ReplyDeletesian nya arissa...cpt sapu2 krim bg baik cpt2...
faktor pemakanan kita pun mungkin boleh jd gak..dulu masa arissa sofeya jd camtu, saya mmg pantang gak la mkn...tp lepas tu dah baik, saya hentam ja...budak2 ni mmg ada phase2 dia kot nak ruam la apa hehehe
haah.. dah sapu cream yang doktor bagi ari tu.. alhamdulillah dah kering. tp, kadang2 bila balik nursery, blkg badan naik ruam2, so saspek dia panas laa kut.. sbb tmpt lain tadak. solution, beli bouncer yg kain lubang2 tu, at least ada pengudaraan sket
ReplyDelete