Thursday, 17 December 2009

Cara-cara Membuat Stok Semasa Dalam Pantang

Entry untuk breastfeeding. Ku cedok dari http://www.diyaluna.com/ untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang sedang pregnant [dan bakal pregnant]

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
(Case 1) Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
(Case 2) Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
Case 1 – 15 minit sebelah breast
Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari di dalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk di dalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik
tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8. Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta... :)

Outstation for 3 days


From 21 - 23 December 2009, ku & opis mates akan bersiaran di luar daerah [ku hangkut semua sekali, hb, abang, adik] untuk menjayakan misi seperti capture di atas. Hope success will be ours since this is the 1st time organizing that such event. Insya Allah akan bermalam ni hotel yang sama. Ku dapat booked bilik standard room [sebab bilik lain rega tak mampu untuk tampung sepanjang 3 hari - ku tak anta paper, kalu tak bleh godek2 duit geran].

nampak macam boleh tahan. boleh la hero2ku bergolek2 dalam bilik tu.

gambar kecik je amik dari website dia. kalau dah sampai sana kalau sempat ku snap lagi picture seperti di atas

tak sabar nak bawak hero2ku main di pantai feringghi. mesti besh! [ish kena beli swimming suit ke?]

tapi, ku sangat teringin nak menghadapi saat-saat seperti di bawah ini:


[malangnya tak boleh disebabkan conditionku ini ~ adus.. bila nak boleh ni bang ooiiii]

Next week off opis for the whole week. Lepas event, amik cuti terus. Habis cuti terus masuk kuliah huhuhuhu [dah ler teaching load sudah bertukar (opps bertambah)]

Tak sabar nak ke Penang weekend ni. Tata....

Thursday, 10 December 2009

Surprise!

Apa menda yang surprise nih? Ada laa... nanti cheq habaq nooo...

~pening-pening byk kije sgt smpi tak perasan sesuatu ~

Tuesday, 8 December 2009

Strategic Planning @ The Heritage Hotel, Cameron Highland

Penat sungguh perjalanan nak gi bengkel kali ini. Yang terlebih penat of course my hubby.. Drive dari Perlis - CH, CH - Penang on the same day. Rehat sejam je. Sian kat ayahmu... 2 days lepas tu ayah drive ke Ipoh plak, ada event kat sana. Esoknya baru ayah naik balik CH. Lusa balik Perlis tp singgah bermalam di Sp dulu.. Perjalanan yang sungguh jauh..

Walaupun sejuk, bengkel tetap jalan. Bak kata bos, "this is not a holiday, but working holiday".. jalan-jalan la gak naik bas ke Bharat Plantation Tea, Strawberry park, beli bunga-bunga... Enjoy tapi penat laa.. berkejar sini sana.. Ye laa.. naik bilik bila si adik ngamuk nangis.. dah tenteram turun plak.. nasib baik depa tak kata apa2.. xpe, yang penting participation ada..

Jom layan gambar-gambar sepanjang berada di cameron... len kali leh buat trip lagi. kali ni holiday plak [bila nak jadi kenyataan ni?? asyik holiday atas urusan keja je...]








Aidiladha

Terlambat posting pasal baru je balik dari bengkel di Cameron Highland. Tahun ni raya di SP je. raya gitu-gitu je sebab hari raya ke2 dah balik Perlis. Raya ketiga kami join korban kat UniMAP. Tiada interesting story di sini pasal fokus lebih terarah pada perjalanan yang bakal dilalui 2 hari berikutnya.. lepas solat sunat Aidiladha, family mentua ajak sarapan kat tesco duu [ada kaa?? pagi-pagi raya orang lain buat? hahaha] Hubby pun suka sangat ler nak gi sarapan kat A&W.. Sebab hari Jumaat, 1/2 hari kami kat situ shopping lalalalala...