Friday, 22 July 2011

Tahniah Jiran Sebelah

Kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada jiran sebelah rumah kami, En. Shahrul dan Pn. Rosmah di atas kelahiran baby boy yang ke-3 pagi tadi.


Dari hari ke hari bertanya,

"Tak bersalin lagi ke?" (dah sah-sah orang tu ada kat umah mestilah tak bersalin lagi"


"Takde rasa sakit apa-apa lagi ke?"


Hmmm.. semalam tatkala anak-anka dah lena, terdengar enjin kereta dihidupkan. Cik abe saya menjenguk dari tingkap bilik, saya lagi terus menjenguk ikut pintu depan. Menjengoi kepala kut-kut boleh sapa diorang. Saat yang kitorg dan diorg tunggu dah tiba (apahal lak kitorg yang excited lebih-lebih ni hahaha). Saya dan cik abe mengucapkan selamat berjuang kepada mereka, insya Allah semua selamat.


Pagi tadi cik abe dapat sms mengatakan Cik Mah dah selamat bersalin. Alhamdulillah, seronok dengar. Bertambah umat lagi. Bertambah kaum kerabat. bertambah geng-geng taman seri wang lorong 20 hehehe...


Bila saya dengar diorg nak pergi hospital, saya yang resah. Teringat lagi saat bersalinkan Arissa. Jam 12 tgh malam bergerak ke hospital. 12 jam kemudian baru bersalin. Indahnya saat bersalin, hanya Tuhan yang tahu. Sakit memang sakit, lepas bersalin rasa tak mau bersalin lagi hehehe. Tapi, bila dengar orang bersalin, rasa nak bersalin lagi plak. Haruskah???? (Cepumas yang berganda-ganda harganya!)


Saya katakan pada suami, saat keluar baby tidak rasa sakit apa. (Suami balas: haa, boleh laa bersalin lagi. Oh, bagi laa saya rehat dulu bang...)...Tapi sebelum keluar baby tu laa yang paling tidak tahan rasa. Atas katil bersalin, pusing sana, pusing sini. Golek sana golek sini sampai kena marah dengan nurse heheh. Bila tak tahan, berair rasa air mata. Harap sangat agar en.suami berada di sisi, tapi environment di HTF tak membenarkan. Kalau boleh, dah lama saya wajibkan en.suami saya tu by hooked or by crooked!


Semalam bertanya pada si sulung.


Ibu : Along ada berapa orang adik?

Along : Satu je.. - merujuk pada si kecik Arissa.

Ibu : Bukan, along ada 2 orang adik. Afif ngan Cha

Along : oooooo....

Ibu : Along nak berapa orang adik?

Along : Along nak 2 je.... (dalam hati ibu : legaaaaaaaaaaaaaaaaa hahaha)

Afif : Afif pun nak dua gak. (huhuhhu baru nak lega)

Ayah : Adik Cha pun nak dua gak (ni sape yang lebih-lebih ni)


Beranak ramai memang seronok, Tapi kesabaran sangat-sangat perlu. Betul, sangat-sangat penat! Itu yang saya sedang usahakan walau kadangkala kesabaran itu hilang. Saya cuba dan bermohon agar kesabaran dalam mendidik anak-anak sendiri dapat saya praktikkan.


Ahhhh.. teringin nak beranak lagi hahahaha tapi saya perlu berehat dulu nanti kena marah ngan doktor plak!

Monday, 18 July 2011

Facemask

Salam semua, good day to all.

Wow, sekian lama tak menatap blog ni, berbulan-bulan rupanya takde apa cerita. Cerita ada banyak, tapi tak sempat saya nak menaip itu ini, cerita itu ini. Saya rasa wallpaper blog ni pun kena bertukar, wajah anak-anak pun kena tukar. Hmmm... yang cemburu adalah masa!

Bercerita pasal facemask, dah lama tak buat sebenarnya. Saya pergi beli facemask jenis topeng yang sangkut kat telinga di Guardian tempohari.

Actually bukan nak review pasal produk ni. Actually kalau nak ikut arahan untuk kesan yang baik, penggunaan adalah 3 kali seminggu. tapi saya buat 3 minggu sekali hehehe (mana nak dan yang oiii).

Semalam teringin nak pakai untuk kali kedua. Kali pertama cuba, tiada masalah di kalangan orang yang melihatnya hahahah.. Semalam, setelah saya pakai, si kecik yang mengekor di belakang masa saya nak pergi buat laundry di belakang umah menangis ketakutan. Huhu, teriak tak sangka. Tapi, bila ibu angkat dukung senyap plak. Tapi masih dalam mode takut. Saya beri dia sekeping pisang goreng sebagai umpan, sambil meriba dia dan matanya melihat tv.

Ada hati plak dia nak cek balik rupa ibu dia, pelan-pelan dia paling belakang. dan hasilnya.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! takut lagi tgk ibunya bertopeng muka lagi. Yang abang-abang sibuk tanya, "ibu pakai apa tu?" hehehe..

Nak tau rupa bentuk muka saya macamana? Haaa... macam ni laa bila saya pakai topeng tu:



p/s: ni bukan gambar saya. Saya hanya google saja gambar ini.


Kalau anda, takut dak? hehehehe

Thursday, 7 July 2011

Khasiat minyak masak

Setelah sekian lama, baru nak menghapdet blog. tp ni pun bukan kisah si kecilku pun, just nak share artikel pasal minyak masak yang kita duk guna hari-hari tu je. sebagai peringatan buat diri sendiri.

Artikel diambil dari sumber ini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DapurRatu_Khasiatminyakmasak/Article

Ramai masih ragu-ragu untuk guna, buat pilihan MINYAK masak bahan utama untuk melengkapkan hidangan. Tidak kiralah apa jenis minyak kegunaannya sukar diketepikan sama ada untuk menggoreng, menumis, membakar dan sebagainya dalam sajian.

Walaupun minyak masak digunakan hampir setiap hari, masih ramai ragu-ragu mengenai jenis pilihan dibuat - sama ada elok atau tidak terutama apabila dikaitkan dengan kebaikan pada kesihatan dan keenakan dicetuskan minyak masak.

Minyak masak, umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu. Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini seperti soya, jagung dan biji bunga matahari. Bagaimanapun, pakar pemakanan berpendapat, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api panas. Penggunaan minyak teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko barah.



Sementara, minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari. Asid lemak mono tak tepu adalah semula jadi pada kolesterol darah dan dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi sekali gus mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini tidak sesuai untuk menggoreng, sebaliknya hanya digunakan menumis atau dimakan mentah , walaupun ia dikatakan bagus untuk jantung.



Ada yang berpendapat, jenama bukanlah faktor utama yang menentukan baik atau tidak sesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan untuk hidangan menyihatkan. Begitu rasa makanan, jika pandai menyesuaikan cara memasak apa jenis jenama pun boleh menjadikan hidangan itu sedap.



Minggu ini, Dapur Ratu berkongsi dengan pembaca jenis minyak masak yang biasa digunakan ketika memasak mengenai kebaikan atau kelebihan ada pada setiap minyak berkenaan.



Minyak bunga matahari


MINYAK daripada biji bunga matahari adalah salah satu minyak alami yang menyihatkan. Seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari sangat disarankan dipakai untuk mengolah masakan. Kandungan lemak tepunya jauh lebih rendah dan baik untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan jagung.



Minyak bunga matahari mempunyai warna sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila dimasak dan sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang amat likat. Selain itu, minyak bunga matahari juga tidak merosakkan rasa masakan, kaya vitamin A, C, D, dan E yang diperlukan untuk nutrisi tubuh, selain membantu meningkatkan stamina menurunkan kolesterol dan sesuai untuk pesakit diabetes.


Minyak jagung


MINYAK jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’. Minyak ini mempunyai kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit. Minyak ini biasanya digunakan untuk menggoreng. Apabila memasak menggunakan minyak ini jangan terlalu panas dan jangan dipakai untuk menggoreng berulang kali ia bagi mengelakkan khasiatnya berkurangan. Ia mengandungi sejumlah besar zat biologi aktif termasuk phosphatides, positif mempengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan vitamin E yang tinggi, lesitin iaitu antioksidan yang aktif serta sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.



Selain boleh membantu pesakit diabetes, mengelakkan obesiti dan menurunkan kolesterol. Minyak ini juga didakwa berupaya mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.



Minyak zaitun


MINYAK zaitun bukan saja rendah kandungan lemak tepu tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung. Tidak dinafikan, minyak zaitun harganya begitu tinggi dan sering digunakan bagi masakan Mediteranean. Walaupun ramai yang mengatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun tidak sesedap berbanding minyak masak lain, namun ia ada kelebihan tersendiri khususnya sudut kesihatan.



Minyak masak selain yang berasaskan minyak zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak itu memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun, minyak zaitun sekalipun digunakan berulang kali tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau. Perut akan terasa ringan dan puas apabila seseorang mengambil makanan yang ada minyak ini sehingga membuatkan mereka berhenti sebelum kenyang. Ia adalah kesan daripada penguraian tenaga di hati minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat bermanfaat.



Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng tetapi boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. Ia turut membekal vitamin E yang tinggi dan menghindari penyakit kardiovaskular.


Minyak kacang

MINYAK kacang dihasilkan daripada kacang dan diketahui mempunyai sedikit bau. Di United Kingdom ia dipasarkan sebagai 'Minyak Groundnut'. Ia mengandungi lemak cukup tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Selatan atau Asia Tenggara. Lazimnya digunakan bagi menggoreng makanan terutama kentang jejari, ikan, ayam dan sebagainya. Antara khasiatnya pula ialah mempunyai sumber tenaga, protein, vitamin dan serta mineral termasuk fosfor, kalium, magnesium, dan kalsium.



INFO: Beberapa panduan mengenai penggunaan minyak masak:


  1. Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jika dicampurkan dengan minyak lama.


  2. Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan. Jika menggoreng jemput-jemput ikan, sebelum habis goreng pertama, cepat-cepat masukkan gorengan kedua. Jangan pula biarkan api lama menyala dan memanaskan kuali.


  3. Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua.


  4. Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak masak.


  5. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.


  6. Jangan gunakan minyak yang sudah rosak.


  7. Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu.


  8. Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.


  9. Banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak.


Tuesday, 29 March 2011

Rindu ler

Saya rindu untuk menaip sesuatu di sini. Tapi, masa tak mengizinkan saya untuk meluangkan waktu seketika menceritakan perihal anak-anak kesayangan saya. Banyak perubahan yang berlaku. Kalau ada masa saya akan share di sini :).


Saya seorang ibu beranak tiga. Tiga orang yang kecil-kecil. Yang masih memerlukan perhatian sepenuhnya. Tapi kadangkala tak dapat memenuhi kehendak naluri keibuan saya. Untuk buat itu dan ini kepada anak-anak. I'm not a superwoman. I wish I am.


Tuntutan kerja bermula semester ini kelam kabut sedikit. For the first time saya diberi subjek yang tidak pernah saya ajar, berbekalkan daya ingatan semasa belajar dulu saja. Bayangkan daya ingatan pada tahun 2001. Hmmm.. semua kena belajar semula, dan subjek ini adalah continuity dari subjek sebelumnya. Oh my! Fundamental tidak kukuh, perlu ajar subjek ini pula. Sebab itu saya "kurang" masa untuk berlibur berbanding semester -semester lepas hahaha. Kepala otak tak dapat nak concentrate perkara-perkara lain.


Berbalik kepada perihal saya sebagai ibu, banyak perkara telah berubah lately. Antaranya :


1. Along dah bertukar dari botol kepada cawan "botol" (ala-ala sippy cup).

2. Along dah tido asing dari bilik ibu dan ayah.

3. Arissa dah boleh meniti sikit-sikit.

4. Afif dah tak mo pakai pampers (tapi ibu dan ayah paksa gak kadang-kadang sebab dia suka kencing merata hahaha)

5. Along dah kenal alif - ya.

6. Along dan Afif tengah belajar muqaddam (walaupun kadang-kadang main2 je)

7. Along dah banyak makan (Alhamdulillah...)


ok laa. itu saja coretan pagi ni. sempat juga menaip sambil jaga test hahaha


~ macam tadak harapan ja jawapan budak-budak ni, adus!!! ~

Monday, 31 January 2011

First teeth & First Solid Food!

Gigi pertama muncul, hampir menginjak 6 bulan.. Patut laa asyik meragam sahaja sejak dua menjak. Demam pulak tu. Tengok-tengok gigi nak tumbuh. Sebatang kat bawah. Sekrang pun tak berapa nampak lagi, tapi bila dia menggigit sewaktu menyusu, ya ampun.... boleh menjerit saya (bukan boleh, memang menjerit pun!) Sampaikan bila saya kata sakitnya, Arif Aiman atau Afif Ashraf datang, "Awat ibu?" Hehehe.. Concern sungguh abang-abang Cha ni. Nak snap gambar pun tak berapa nampak. Lagipun bila keluarkan kamera mula laa ada yang datang mengacau!

Saya juga dah introducekan Cha pada bubur nasi. Weekend lepas, sebab duk tengok dia asyik memerap sahaja sampai saya tak sempat nak masak pun saya suapkan dia biskut Rusky tu (walaupun niat takmo bagi biskut @ nestum)... Makan dengan lahapnya anak daraku sorg nih. Petang tu, baru saya masakkan bubur nasi + ikan temenung + carrot. Test power slow cooker yang saya beli khas untuk buat bubur nasi Cha (padahal bulih je masak atas dapur, tapi kes malas nak tunggu takut hangit, campak je dalam slow cooker, tunggu selepas 2 jam, off!).. Saya blendkan semua sebab bubur tu tak hancur pun. Kadang rasa rugi lak masak guna slow cooker, buh 1 sudu makan je. Tak berbaloi! hahahaha, tu laa ngade-ngade beli sape suruh! (ala, dah beli guna je laa)

Pagi ni saya bangun kat kul 5 pagi, campak-campak semua tu. Ari ni tambah kubis bunga. (Bangun pun sebab Arif Aiman terjaga nak kencing). Tinggalkan 2 jam, kul 7 am saya tutup. Lepas tu blendkan masuk dalam flask dan bawak bekal pagi tadi. Kalut-kalut gak pagi tadi sebab bangun pun lewat heheheh..

Oh ya, saya jumpa 1 blog yang menarik juga pasal penyusuan susu ibu dan solid food untuk dijadikan rujukan. Boleh refer ke http://ibucergas.com/category/solid-food/. Untuk solid food juga, boleh refer ke link ini : http://www.wholesomebabyfood.com/

Misi solid food : NO nestum! Nature food only!

Journey of Breastfeed @ 6 Months!

Alhamdulillah... Usaha untuk breastfeed adik Cha tanpa bekalan susu formula berjaya! Bukan senang nak sampai ke tahap ini. Pengalaman demi pengalaman + ilmu perlu dicari dan dikongsi bersama. Keywords : niat + usaha. Niat tu perlu sejak dari zaman kehamilan lagi, sebab kalau dah bersalin baru terfikir nak BF agak kucar kacir sikit sebab perjalanannya bukannya mudah, tak bermakna ianya remeh. Usaha itu yang paling penting, tanpa usaha misi takkan tercapai. Walaupun saya bukan pengepam yang tegar, hanya pam sewaktu di office saja (kat rumah tak sempat laa...) Kronologi menyusukan Aliya Arissa :

Day 1 :
Sebaik dikeluarkan dari rahim ibunya ini, nurse bersihkan dan letakkan Arissa atas perut ibu. Bonding antara anak dan ibu dah bermula, walaupun ibu terketar-ketar kaki menahan sejuk aircond. Anak yang menangis terus tersenyap bila bersentuhan dengan ibunya. Kagum kan! Teringin nak minta nurse tolong saya susukan baby waktu itu juga, tapi sebab saya tak tahan sejuk sangat sampai terketar-ketar kaki, baby dibalutkan dan diletakkan dalam baby cot sementara proses selepas melahirkan dilakukan. Saya hanya menyusukan baby selepas ditransferkan ke wad selepas bersalin. Amazingly, baby can direct feed from my breast. Pengalaman mematangkan diri ini macamana nak handle baby selepas bersalin. Berbeza dengan abang-abangnya, saya bagi juga pada nurse untuk disusukan (of cos laa susu bancuh ye) sebab tiada pengalaman. Arif Aiman menyusu juga, tapi saya tak berapa pandai handle. Afif Ashraf kelaparan, tapi saya tak berdaya untuk menyusu secara terus menerus sebab ceaser. Alhamdulillah, untuk Aliya Arissa saya berjaya selepas kedua-dua kelahiran yang saya tempuhi.

Day 30:
Start memerah sikit-sikit, walaupun tak banyak. Patutnya dah boleh perah lama dah, tapi biasalah cara nak handle stok susu banyak-banyak pun tak berapa reti lagi. Sebab masa Afif dulu cukup-cukup makan je. Ada laa stok susu sikit-sikit. Sekarang ni pun masih surf isu penyimpanan dan cara nak handle stok susu beku. Masih belajar ye! Stok susu alhamdulillah, ada laa walau bukan mewah. Kalau saya consistent memerah dari umur sebulan - 2 bulan, rasanya susu boleh produce banyak kut sebab guna pakai konsep supply vs demand.

after 60 days up to now:
Hari-hari saya mengepam 3 kali sehari. Ada laa ketika bila ada meeting ke, ada kerja lain ke, jadualnya lari dari 3 sesi kepada 2 sesi ke... Hasil yang dapat bukannya banyak mana pun, memang cukup-cukup makan untuk Aliya Arissa. Sebab itu, saya tekankan di atas, kalau betul-betul nak kumpul stok, start laa masa umur sebulan (masa ni susu dah konsisten), kalau awal pun boleh juga lagi bagus sebab susu akan sentiasa produce (sebab tu ada ibu-ibu yang susunya banyak - bila tengok diorg ni start proses mengepam awal). Ada masa Aliya Arissa akan minum 5 botol (mula-mula saya letakkan 80ml setiap botol, selepas tu upgrade kepada 100ml ~ berpeluh gak nak naikkan lagi 100ml lagi tuh!).. ada masa dia akan minum 4 botol. Bulan ni sikit plak, 3-4 botol saja. So bila ada lebih hari tu, saya akan buat stok laa...

Bab supplement, saya memang tak ambil apa-apa supplement untuk tambahkan susu badan buat masa ini. Ada laa beli kurma kering + longan kering kat kedai sensei. Kadang makan kurma. Tapi apa yang saya nampak, barli suam memang akan increase production. Makan pun kena banyak, walaupun saya rasa berat badan dah meningkat.. Demimu anakku, ibu terpaksa laa gemuk seketika huhuhuh...

Saya akan cuba berusaha lagi selepas ini untuk mencapai misi 6- 12 bulan pula. Sekarang dah start solid food, tak bermakna saya perlu kurangkan sesi perahan. Takut susu akan berkurang tatkala saya perlu berusaha menggantikan puasa selama 31 hari huhuhu....

Thursday, 6 January 2011

5 months already


Yeay! Saya sudah boleh meniarap dan bergolek-golek dengan jayanya! Tapi, golek sekejap-sekejap je. Pastu mula la berbunyi-bunyian, bising satu rumah suruh angkat dia sebab dah bergolek atas lantai instead of toto kecik tu. Cik mek ni suka senyum pastu godek-godek badan dia. Perkembangan fizikal, dah mencapai 6.8kg bulan ni. Masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Tunggu sebulan je lagi nak masuk ke fasa memperkenalkan pepejal kepada bayi. Time makan, mulut terkumat kamit macam la dia makan jugak. Sorry ye sayang, ibu tunggu Arissa genap 6 bulan baru boleh nak introduce makanan. kadang-kadang ayahnya bagi gak rasa sikit-sikit hehehe.

Waktu malam, ibu tak boleh buat kerja banyak. Lepas magrib confirm tidur sekejap selepas bebal-bebal sorang diri. Time orang nak stat makan, mula la dia bangun dah, teriak tak sangka. Sampai ibu nak makan pun tensen-tensen huhuhu. Kesian kat abang-abang sebab kena suruh makan cepat-cepat, sampai ibu tak sempat nak suap lama-lama kat diorang.

Cik mek ni jugak dah pandai buat muka masa nak hantar pagi-pagi. Dia dah tau ibu dia akan tinggalkan dia kat situ. Waktu balik ambil, tergodek-godek nak pi kat ibu hehehe

bersama-sama "ulat gonggok" ABC

Tuesday, 4 January 2011

Aquaria KLCC, Zoo Negara

Fuh, berpeluh kami sekeluarga menapak ke Kuala Lumpur 2 minggu lepas hehe. Alkisahnya, perjalanan yang tak dirancang ini disebabkan en.suami perlu menghadiri mesyuarat di sana. Mesyuaratnya tak lama pun, 3 jam je.. Selebihnya meronggeng laa. Sebab diri ni dah lama mengajak beliau berjalan-jalan di KL, kesempatan ni digunakan sepenuhnya (walaupun penat mengemas + penat lepas exam PTK + nak kena siapkan assignment PTK smpi nak termuntah ~ hampir-hampir menarik diri untuk pergi ke KL hehehe)

4 hari 3 malam kat sana, berpeluh poket jugak :). Pagi-pagi lepas en.suami bergerak ke tempat meeting, kami berlima beronggeng di sekitar jalan masjid india (saya bawa adik ipar bersama untuk menjaga hero2 itu). Tak lama pun shopping, sempat merembat 2 helai tudung & 2 pasang kain je. Tak boleh nak jalan merata, hero-hero mudah bosan dan mula menunjukkan aksi-aksinya.

Petangnya, bawa anak-anak naik LRT ke KLCC. Seronok dan teruja tp malangnya perjalanan ke KLCC tak nampak apa-apa, gelap gulita hehehe. Kononnya nak ke Petrosains, tapi sampai pun dah pukul 4pm, plus tiket sold out @2pm lagi! Musim cuti, cepat sungguh tiket sold out. Anak-anak dah kepenatan, hampir-hampir terlena sambil berjalan. Saya decide ke Aquaria (korbankan sikit duit, kesian kat anak-anak jalan-jalan tak dapat apa-apa) Berpeluh jugak nak ke sana, sampai kena dukung kanak-kanak tu sebab keletihan. Sampai je sana, nampak fish terus teruja, hilang ngantuk! Lega kami tengok.. En.suami pun nampak macam surrender mula-mula tgk keadaan anak-anak yang tak bermaya. Malangnya tiada shot dalam Aquaria sebab saya terlupa bawa kamera, hp camera x syok xde flash. Entrance fees : RM35 adult, RM24 child (3 years & above).


dapat laa snap gambar lepas keluar dr KLCC, otw nak ke stesen LRT plak

Esoknya, ada orang request nak ke Zoo Negara. Nasib ada encik GPS yang menolong. Sampai sana, punyalah ramai manusia, cuti Krismas la katakan. Beratur panjang nak masuk. Yang Along plak sibuk nak buang air.. Adeiii... Tertekan gak masa tu, takut dia tercirit dalam seluar. Nasib baik sempat, terus berlari-lari ke toilet.

Along seronok dapat topi zirafah

Posing sementara tunggu Along berhajat

Adik Cha pun ok lagi pagi-pagi ni

Sementara menunggu ayah cari map zoo, tak tau nak start dari mana. tengok tu, adik Cha masuk sling je terus lena

seronok duk tengok haiwan-haiwan di bawah ini:

zirafah makan secara berjemaah. banyak zirafah di sini berbanding di Zoo Taiping

Elephant ni very friendly. Siap nak sua belalai dia lagi tapi tak sampai

Arissa lena sepanjang 2 jam dalam zoo

muka penat tapi excited lepas habis round. kitorg yang entertain diorg yg ipenat, tak larat nak jalan dah


Arissa muka monyok-monyok baru bangkit lena

Entrance fee ke Zoo Negara RM20 (adult) dan RM6 (Child 3 years & above). Seronok cuti bawak anak-anak jalan-jalan menikmat keindahan flora dan fauna. Thank you en. suami sudi bawa kitorg jalan-jalan round-round walaupun poket berasap gak hehehe. Tahun ni kita plan pegi jalan-jalan kat tempat lain plak ye.

Monday, 29 November 2010

Muka Arissa tak comel dah..

Hari Sabtu lepas, muka Cha dah merah-merah teruk gitu. Actually, first jadi lepas banjir, [seperti gambar dibawah]. Tak tau apa puncanya, tapi saya syak wasangka sebab bekalan air yang kurang bersih selepas banjir. Lepas sapu cream, dah surut biji-biji tu. Tapi, hingga sekarang, belakangnya berparut, poor my Arissa.


Lepas tu balik berhari raya, saya lantak nasi lemak berlaukkan ikan aya [orang utagha panggil ikan tongkoi]. Esok paginya, muka Cha keluar bintik-bintik merah macam kena ruam gitu. Saya sapu balik cream yang doktor bagi sebab biji-biji tu. Alhamdulillah, dah kering. Tapi, kulit muka jadi kering laa plak.

Pastu, singgah balik SP umah mertua, dijamu ngan ikan terubuk bakar. Nyum-nyum laa saya ni, dah lama tak makan kan.. Esoknya, muka dan sedikit badannya keluar ruam-ruma lagi. Alaa, poor again my Arissa. Saya bawa pegi klinik cepat-cepat sebab my husband akan outstation lepas tu, doktor bg calamine lotion dan ubat makan. Tapi, makin teruk plak muka dia. Last-last semalam saya start guna balik cream tu, dan pagi ni dah kering dah radang muka dia..

Sebab salah makankah? Huhuhu, tapi, nasib baik tu jarang sekali makanan yang saya makan. Lepas ni saya takkan makan lagi.

Call a few friends regarding benda ni. Pn.Has suggest beli ezerra, [tak terbeli pun lagi] , my friend Dr. Asyura suggest guna hydrocort since saya tanya dia pasal fucicort [fucicort tak disuggestkan guna sbb ada steroid, tak sesuai utk kulit muka], last-last saya guna cream tu aja.. Cuma kulit muka dia dah gelupas-gelupas la sket, nak kena cari aquos cream laa.. agak-agak kat farmasi ada tak ek?

Cerita hari ini



Ni first entry for breastfeeding Aliya Arissa..

Alhamdulillah.. pagi ni saya dapat produce 4 x 80ml untuk adik Cha. Agaknya smlm dia kurang nenen kut. Actually, bila hari-hari bersama dia tak banyak sangat dia nenen. Sebab tu byk dpt, dan kadang2 saya boleh pam susu lagi. Tapi, kat nursery, habis je 4 botol, kadang-kadang 5 botol. Itu buat saya confius nih hehehe.. Susu badan saya ikut mood kut, kejap byk, kejap sikit. Tapi hari-hari boleh laa dapat 5 botol at least [cukup-cukup makan]. Kalau saya skip meal, memang nampak susu sket bila pam.

oleh itu, moral of the story, makan laa ikut time [terpaksa laa gemuk seketika hahaha]

Sebenarnya nak buat entry stok susu saya [sebagai peringatan untuk diri sendiri], tapi terlupa bawa kamera plak. Setakat ni dalam freezer, ada laa 20++ stok, tak terkira plak. Lupa nak tgk catatan kat tepi fridge tu.

Basically macam ni laa, time tak pegi ke mana-mana, tak berkejar ke sini ke sana.. boleh laa dapat pam 3x per day, kalau tak 2x per day je laa. takut gak suatu hari susu merudum especially bila stat cik P datang dan selepas bulan puasa menjelma. Nak beli deep freezer, macam tak byk sgt stok yg ada skg ni, kang dikatakan tidak berbaloi plak hehehe.

Sangat teringin menyusukan Cha sampai dia besar 2 tahun nanti. Semoga Allah memberi peluang ini untuk saya berbakti kepada anak saya.. Amin...

Thursday, 11 November 2010

Faces of Aliya Arissa



Anak daraku sorang ni dah masuk 3 bulan lebih. Sekejap je masa berlalu. Seronok melayan gelagat dia, tak banyak kerenah. Ibunya hanya pening melayan abang-abangnya saja. Cuma ada waktu-waktu tertentu especially malam nak lena dia akan meragam, biasa la dah seharian ditinggalkan ibu mesti la nak bermanja-manjaan dengan ibunya. Sudahnya, masak ke mana, abang-abang makan ke mana.

Yes, truly.. being a mother of 3 kids memang penat. Nak-nak semuanya below than 5yo. penat ooo.. so kali ini saya request untuk berhenti seketika dari produce anak hehehe. bagi can badan rehat sebentar, bagi can membelek anak-anak membesar.

Adik cha sekarang ni dah 5.5kg, minum susu ibunya saja [good job ibu! ~ puji diri sendiri], dah pandai nak turn badan dia meniarap tapi tak lepas-lepas. For sure, jangan tinggalkan dia sendirian di atas katil, nanti tengok-tengok dah pusing lebih dari 180 degree. Tak mahu tragedi baby jatuh katil berulang lagi. Both her abang experienced this before. Menangis-nangis saya melihat baby terjelepuk di atas lantai. Lagi haru bila yang sulung jatuh luka dan berdarah di antara gusi dan mulut sampai bengkak-bengkak bibirnya. Teringat kekalutan menjalani xray tanpa husband di sisi. Hmmm... tak sanggup rasanya mengalami keadaan tu lagi.

Next week, adik cha akan pulang ke kampung for the first time. Mak sedara tak sabar nak tengok muka comel anak sedara ini. I wonder how to have long journey with 2 heroes and baby. Mesti penat sepanjang perjalanan hehehe..

Monday, 20 September 2010

Lawatan Ke Zoo Taiping


Syawal ke 6.. Kami membawa anak-anak melawat Zoo Taiping. Hujan renyai-renyai masa tu, tapi masa sampai alhamdulillah hujan dah reda. Anak-anak seronok mula-mula sebab dapat naik train (tram).. tapi terpinga-pinga sekitar lawatan dalam zoo sebab tram tu laju sangat. tak dapat depa menghayati animals kat situ. Bila dah turun, port elephant peek yang dituju.. Afif seronok sebab dapat tengok elephant. Asyik duk ulang "pen yok" [elephant berak masa kami berhenti kat situ haha].. pastu bawak berjalan tengok African Safari, ada zebra, zirafah, ostrich, seladang.. Afif bila bercerita balik akan cerita "pen yok", "apah duduk", pastu buat bunyi "booohhh"... ni gambar-gambar di sebalik lawatan. Tak dapat bergambar banyak, sebab duk dalam tram je kan.. nak upload semua byk laa plak...


tengah tunggu turn nak naik tram

tengok flamingo

ni kandang elephant. Baby cha duduk dalam kantung itu


ni laa African Safari. Seronok sungguh bila sampai sini

Nanti-nanti bila baby Cha dah besar sikit bawak baby Cha plak. :)

Aidilfitri 2010

Hari Raya tahun ni disambut di rumah mertua. 1 Syawal, usia Aliya Arissa dah 44 hari... Horay! Ibu bleh gi jalan-jalan [padahal sebelum tu pun dah berjalan-jalan shopping raya dah hahah].. Cuma angka 44 tu hanyalah untuk mereka yang berpantang secara betul, saya bukannya pantang sangat-sangat pun huhuhu [sakit nanti padan muka sendiri!].. Tiada agenda menarik Syawal kali ni, cuma pada raya ketiga adik ipar selesai menjalani majlis pertunangannya. Tahniah ye kakak! Insya Allah semoga hubungan kalian kekal sampai masa bernikah nanti..

Bersama hubby tercinta & baby Cha
Abang kalau berposing pandai je. Afif belum pandai berposing lagi. Cuma pandai bergaduh je ngan orang heheh
Family tercinta saya bersama mentua.

Tuesday, 7 September 2010

Salam Lebaran

Assalamualaikum,

Dengan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andainya ada tersilap kata, tersalah bicara kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini. [Blog yang xde apa-apa pun hehehe]. Tak sempat nak bercerita lantaran laptop sendiri sudah rosak [huhuhu RM plak dah!]dan juga kekangan masa. Yang penting, baju raya dah siap dibeli hehehe [sempat shopping lagi masa dalam pantang nih].

Salam Lebaran & Maaf Zahir Batin.

~ akan bersiaran selepas tamat tempoh bercuti hehehe ~

Monday, 9 August 2010

Welcome Our New Princess


Salam semua,
Dimaklumkan saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aliya Arissa bt Faizul pada 28 Julai 2010 jam 1.32pm di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Alhamdulillah, akhirnya dimakbulkan hajat untuk bersalin normal and surprisingly dikejutkan dengan kehadiran baby girl ni. Memang tak jangka dapat baby girl sebab duk agak maybe dapat baby boy kut. So kalut-kalut tak prepare langsung nama untuk baby girl.


Ni wajah masa baby tidak bernama hehehe... A few hours after delivered. Tembun bukan main. Ayah paling seronok, terkejut masa nurse tunjukkan baby kat dia. hehe tak sangka dapat jugak anak perempuan katanya..

Ni wajah baby masa dah bernama. Aliya Arissa. Nama dipilih masa baby kena admit kat wad SCN atas sebab diberikan antibiotik selama 3 hari. Maksud Aliya : ketinggian, Arissa : Azam yang kuat.

Abang-abangnya pun seronok dapat baby baru. Arif duk sebut baby girl, Afif panggil baby Ca. Macam-macam....

K la, tak dapat berceloteh lama. Abang-abangnya pun ada kat rumah, grandma diorg datang so tak pergi nursery la depa. Nanti masa duk sorang-sorang dan bertenang-tenang saya akan ceritakan kisah masa bersalinkan Arissa. Till then...

Friday, 23 July 2010

Rindu pada vacation!

Sudah lama benar tak bercuti bersantai bersama keluarga. Mungkin lepas ini peluang itu jarang-jarang ada. Saya rindu untuk bercuti berehat-rehat bersama anak-anak di pulau peranginan yang indah, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Membawa anak-anak bermain pasir pantai. Tapi, saya tidak tahu bila agaknya masa itu akan tiba. Hanya berada dalam igauan semata-mata. Sangat berharap en. suami tidak lagi menyambung kontraknya tahun depan, moga-moga peluang untuk lebih bersantai bersama keluarga akan tercapai. Insya Allah..

Monday, 19 July 2010

Kesan Bertungku

Sedang saya membelek-belek Harian Metro malam semalam, saya terbaca satu pertanyaan berkenaan Kesan Bertungku. Lazimnya, lepas bersalin pesan orang tua kena bertungku supaya rahim cepat kecut. Tapi, bila baca jawapan pakar sakit puan ini, Dr Adilah Rahmat, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar & Hospital Pusrawi, lain pulak kesannya. Jom baca apa yang doktor ini ulas berkenaan kesan bertungku ini.

Soalan

SAYA ada menonton rancangan di televisyen dan membaca beberapa artikel mengenai kesan bertungku selepas bersalin.
Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini?
ERNIE, Kuala Lumpur

Jawapan

BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.

Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.

Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.

2 weeks more!

Tinggal lagi 2 minggu je before the due date. Semalam, pergi Tesco Alor Star, beli barang-barang keperluan. Risau sebab sepanjang duk dalam Tesco tu perut duk asyik mengeras je.Nak jalan pun sakit. Ingatkan nak bersalin dah. Mana ler nak tau, tetiba sakit nak bersalin. Sampai hubby duk tanya sakit kerap ke? [pertanyaan selepas melihat muka saya asyik berkerut sahaja]... Tapi, gagahkan diri berjalan hahaha [pasni tak leh jalan-jalan dah]. Sehari sebelum tu, perut terasa jugak seperti semalam, tapi rasa seperti nak buang air besar je. Makan pun xde nafsu. Kul 11 malam baru perut rasa nasi yang saya masak tengahari tu. Seriau plak rasa huhuhu...


Gelagat anak-anak dah macam-macam. Si abang lately manja ngan ibunya. Adik pulak makin kuat mengamuk-ngamuk. Ibunya tak kuasa nak pujuk, ayahnya la tolong pujuk. Tak larat eden nak dukung-dukung si kecik ni yang dah mencecah hampir 12kg.. sama berat dengan abang.

Playground ni beli last 2 weeks, di Giant. Ayahnya kesian, anak-anak tak dapat pergi playground dekat rumah sebab kami tak larat nak ajak petang-petang lepas balik kerja. Weekend plak kadang-kadang pergi jalan-jalan, balik rumah grandma diorg la. Last-last sambar la playgorund ni satu selepas ibunya melihat iklan di Harian Metro ada offer kat Giant. Seronok ler dapat mainan besar kat rumah. Kena renovate balik susun atur dalam rumah, semua ayahnya yang buat. Ibunya melihat saja kehkehkeh...


Saja letak gambar ni. Dah besar dah, cakap pok-pek-pok-pek. Tapi, time mengamuk kalah singa kat rumah hahaha [ada singa ke kat rumah???]

Tuesday, 6 July 2010

Perkembangan bahasa kanak-kanak

Artikel dipetik dari ruangan Ratu, Berita Harian bertarikh 6 Julai 2010

Menerusi laman web Scribd berkongsi maklumat mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak. Rujukan yang didapati dari Michael Tomasello menerusi Tomasello & Carpenter 2007, perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan yang layak bagaimana si kecil memperoleh bahasa. Namun, banyak kajian menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak-kanak. Micheal menekankan bahawa anak muda tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami niat orang lain. Ia membabitkan banyak perkembangan lain iaitu perkembangan phonologi, semantik, tatabahasa dan juga pragmatik.

Kanak-kanak yang dapat belajar bahasa Inggeris pada peringkat awal usia akan mempunyai sebutan yang lebih baik di samping dapat menjiwai bahasa Inggeris seperti mana kita menjiwai bahasa ibunda kita. Jika kanak-kanak dibesarkan dengan hanya satu bahasa sehingga ke peringkat mampu menyedari kesilapan bahasa, keupayaannya untuk menangkap bahasa asing atau bahasa kedua akan hilang. Secara tidak langsung mereka akan berasakan bahawa perlunya belajar bahasa asing, misalnya bahasa Inggeris dengan betul dan tepat melalui program bahasa Inggeris yang menekankan soal tatabahasa.

Menurut hasil kajian yang dipaparkan menerusi laman web darwishndarwisya, kanak-kanak lebih mudah mempelajari bahasa daripada orang dewasa. Paling mudah pada umur 0 hingga 6 tahun. Lebih awal dalam julat umur ini, lebih banyak kekuatannya pada pusat otak yang menjaga bahasa.

Kanak-kanak pada peringkat awal usia mempunyai masa yang lebih banyak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam program hariannya (tidak seperti kanak-kanak yang masuk ke alam persekolahan). Kotak pemikiran mereka juga masih belum ‘penuh’ dengan perkara lain, menjadikan mereka lebih mudah menyerap perkara baru.

Justeru itu, ibu bapa perlu bijak mengatur dan mempelajari corak pembelajaran kanak-kanak dari peringkat kecil lagi supaya mereka tidak kekok dengan bahasa asing. Tiga tahap untuk belajar bahasa Inggeris disediakan di bawah sebagai panduan ibu bapa mengenalpasti cara terbaik si kecil mempelajari bahasa berkenaan.

Tahap untuk belajar bahasa Inggeris (dari My-Rummy.com)

1. Pembelajaran ketika dalam tempoh masa senyap (silent period)

Jangan paksa kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam komunikasi atau berdialog sebaliknya ketika orang dewasa bercakap ia dapat memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menangkap atau belajar bahasa Inggeris yang baharu bagi mereka.
Biarkan anak-anak menggunakan kemahiran dan strategi tersendiri (strategi semula jadi mereka ketika belajar bahasa ibunda) untuk belajar bahasa Inggeris.

2. Mulakan bertutur
Selepas beberapa lama, bergantung kepada kekerapan sesi pembelajaran bahasa Inggeris, kanak-kanak akan mula berani menuturkan satu demi satu perkataan bahasa Inggeris (contohnya ‘cat’, ‘house’) atau mungkin sudah bersedia dan mampu membuat ayat pendek (misalnya ‘What’s that?’, ‘It’s my book, ‘I can’t’, ‘That’s a car’) dalam perbualannya.
Kanak-kanak dapat mengingati sesuatu perkataan atau ayat dan kemudian menyebut dengan sebutan yang diingati olehnya.
Keadaan itu berterusan untuk jangka masa tertentu yang cukup untuk memberi ruang kepada mereka mempelajari lebih banyak perkataan bahasa Inggeris sebelum benar-benar bersedia dan mampu membina ayat sendiri.

3. Membangunkan keupayaan berbahasa Inggeris

Kanak-kanak membina frasa ayat secara berperingkat, bermula dengan cara menghafal perkataan sehingga mereka sendiri menambah perkataan daripada kosa kata sendiri (misalnya ‘a cat’, ‘a white cat’, ‘a white and a black dog’) atau daripada satu ayat yang dihafal dan kemudian mereka menambah (misalnya ‘That’s my chair’, ‘Time to play’).
Bergantung kepada setakat mana pendedahan yang diterima dan pengalaman yang dilalui, kanak-kanak akhirnya mampu untuk mencipta dan membina satu ayat penuh yang lebih membawa makna.

Monday, 5 July 2010

4 weeks to go

Dah tak lama dah penantian.. sakit belakang, sakit pinggang, sakit montot.. semua ada.. mungkin sebab saya sentiasa berdoa supaya dipermudahkan bersalin dan merasai sakit bersalin normal macam yang pernah diceritakan oleh ibu-ibu yang bersalin normal. Anak sulung dan 2nd tak pernah rasa sakit macamni. Yang sulung, sakitnya hanya datang lepas induce, yang 2nd sakitnya hanya lepas emergency czer. Moga Allah kabulkan hajat untuk merasai sakit bersalin secara semulajadi.

Tanda-tanda? Hmmm.. terasa jugak perut mengeras kadang kala, terasa macam kepala baby duk menolak-nolak pelvis ibunya.. Tidur malam mmg tak leh lena sangat. kalau nak betul-betul lena kena minum susu sebelum tido.

Last two weeks pegi checkp-up kat O&G Hosp Kangar. Doctor tanya nak decide bersalin cara mana since dah pernah czer. So saya decide untuk cuba bersalin normal. Memang ada risiko bagi kedua-dua cara. Tapi dari kebanyakan survey, ramai yang berjaya bersalin normal selepas operation. Semuanya bergantung pada keadaan ibu & anak. Berat anak last two weeks, 2.3kg. Sekarang ni tak tau laa.. Rasa macam perut nk meletup dah. Harap-harap baby weight lebih kurang abang-abangnya juga.. Doktor kata, baby kecik je, so boleh allow for normal birth.

Gender? Hehehe, yang ni tak kisah laki ke perempuan ke. Tapi, rasa macam laki jugak kut. Tak pe la. Bleh buat geng bas sekolah hehehe. Jaga anak laki ni penat memang penat, tapi seronok gak. Time berakal tu, berakal sungguh. Kita pun tak terfikir dia boleh buat, dia boleh fikir macam-macam.

Admit wad in case bulan 7 ni tak bersalin lagi, 1/8/2010 kena admit dah. Kesnya sebab pernah beberapa kali hB rendah. Takpe, saya redha dan lebih rela berada di hospital. Takut kes lama berulang kembali :)

Persediaan? tak banyak preparation. Baju-baju baby pun guna yang abang-abangnya saja. Ada yang pakai sekali sekala je. kalau teringin nak beli baru, nanti la minta ayahnya belikan untuk sambut raya nanti. Just prepare baju baru untuk sambut kelahiran baby je.

Semoga kelahiran kali ini dipermudahkan. Insya Allah.. Doakan ye :)