Monday, 31 January 2011

First teeth & First Solid Food!

Gigi pertama muncul, hampir menginjak 6 bulan.. Patut laa asyik meragam sahaja sejak dua menjak. Demam pulak tu. Tengok-tengok gigi nak tumbuh. Sebatang kat bawah. Sekrang pun tak berapa nampak lagi, tapi bila dia menggigit sewaktu menyusu, ya ampun.... boleh menjerit saya (bukan boleh, memang menjerit pun!) Sampaikan bila saya kata sakitnya, Arif Aiman atau Afif Ashraf datang, "Awat ibu?" Hehehe.. Concern sungguh abang-abang Cha ni. Nak snap gambar pun tak berapa nampak. Lagipun bila keluarkan kamera mula laa ada yang datang mengacau!

Saya juga dah introducekan Cha pada bubur nasi. Weekend lepas, sebab duk tengok dia asyik memerap sahaja sampai saya tak sempat nak masak pun saya suapkan dia biskut Rusky tu (walaupun niat takmo bagi biskut @ nestum)... Makan dengan lahapnya anak daraku sorg nih. Petang tu, baru saya masakkan bubur nasi + ikan temenung + carrot. Test power slow cooker yang saya beli khas untuk buat bubur nasi Cha (padahal bulih je masak atas dapur, tapi kes malas nak tunggu takut hangit, campak je dalam slow cooker, tunggu selepas 2 jam, off!).. Saya blendkan semua sebab bubur tu tak hancur pun. Kadang rasa rugi lak masak guna slow cooker, buh 1 sudu makan je. Tak berbaloi! hahahaha, tu laa ngade-ngade beli sape suruh! (ala, dah beli guna je laa)

Pagi ni saya bangun kat kul 5 pagi, campak-campak semua tu. Ari ni tambah kubis bunga. (Bangun pun sebab Arif Aiman terjaga nak kencing). Tinggalkan 2 jam, kul 7 am saya tutup. Lepas tu blendkan masuk dalam flask dan bawak bekal pagi tadi. Kalut-kalut gak pagi tadi sebab bangun pun lewat heheheh..

Oh ya, saya jumpa 1 blog yang menarik juga pasal penyusuan susu ibu dan solid food untuk dijadikan rujukan. Boleh refer ke http://ibucergas.com/category/solid-food/. Untuk solid food juga, boleh refer ke link ini : http://www.wholesomebabyfood.com/

Misi solid food : NO nestum! Nature food only!

5 comments:

  1. yana... cepatnya aliya arissa tumbuh gigi... anak ct nak masuk 8 bulan blum tumbuh gigi lagi...

    ReplyDelete
  2. yana, slow cooker bli jenama apa...besar tak?
    syok la info kat blog yana refer tu...best tgk stok frozen solid food dia hehehe

    ReplyDelete
  3. ct, tu laa... takpe, lambat tumbuh xde laa gigit nenen lagi. ni asyik beradui je hahaha

    pah, beli jenis panasonic. kat suria jerai je belinya. 1.5L.. syokkan tengok blog tu.. baru jumpa semalam

    ReplyDelete
  4. yana...wat la entry pasal spectra 3...mcm minat nak beli...nak baca review org lain dulu...hihihih

    ReplyDelete
  5. err... siapakah cik puan anonymous nih? hehehe

    ReplyDelete