hmmm.. ingatkan demam budak-budak ni dah lega. demam adik melarat-larat plak. ayah pegi KL hari khamis patutnya balik on Sunday, tp terpaksa tukar tiket flight ke hari Sabtu bila ayah tgk keadaan adik tak lega-lega. Nasib baik la ayah tergerak hati nak balik awal. Alkisahnya hari Isnin pagi around 5 am ibu terjaga sbb dengar anak ibu ni mengerang. Ingatkan adik nak nenen, ibu bg tak mau pun. Sebenarnya ayah dah dengar dia ngerang lama dah. tapi ayah ingat dia nak nenen so ayah tdo je la. Ibu ingatkan dia nak main, tp xde senyuman pun lahir dari bibir comel dia. biasa kalau ditegur dia akan senyum. Ibu mula rasa pelik. Ibu bawak keluar dari bilik pastu badan adik macam ketar-ketar gitu. Masa tu mmg badan adik dah panas dah. Ayah terus bersiap-siap ajak ibu pegi hospital. Sian abang ayah dukung masuk dlm keta terpinga-pinga dia kena kejut. sib baik tak nangis.
masa dlm keta adik dah diam sket. ayah pecut kereta langgar je traffic light kalau xde keta. sampai emergency cek temp 38.8 degree. terus dia masukkan ubat ikut bontot. Adik dah ngamuk ngamuk dah lapar plus ngantuk. 1st time tgk adik ngamuk cam gitu. Bila dr cek sah sah la dia suh masuk wad. so berkampung la ibu kat wad 7 kanak-kanak di Hospital Tuanku Fauziah,Kangar.
4 hari admitted kat wad. Dr bagi ubat demam kalau temp naik & nebulizer. Dr bagi nebulizer sbb dr nampak adik dah penat & bernafas laju. Sian kat abang malam-malam mengamuk sbb tinggal sorang2. Sian kat ayah sebab kena melayan anak teruna dia yang buat perangai. Sian kat ibu sebab terpaksa merengkokkan badan tdo skali atas katil adik yg seciput tu. (Sib baik leh tdo gak, kalau tak cemana mahuku nenen anakku ini).
Alhamdulillah, nafas adik dah semakin baik. Dr kata very better from mula-mula admit. Sepanjang duduk kat wad adik pun cergas n aktif saja. Nangis pun tak kecuali nak nenen. Sian ibu tgk kanak-kanak lain yang duk muntah bila minum susu. Sib baik anak ibu bergantung kat ibu je hehehe senang tak yah susah-susah ayah nak bawak flusk. After discaj, dr suh continue antibiotik selama 5 hari. Alhamdulillah, dah tak demam lepas tu. tapi, kena buat follow up after 2 weeks. so 13 mei ni kena pegi jumpa dr la..
No comments:
Post a Comment