Wednesday, 6 May 2009

Breastfeeding

Hampir 6 bulan aku berjaya breastfeed Afif. Tapi agak kecewa juga sebab tak berjaya exclusively bf dia for the whole 6 months. Mengikut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia,

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.


but yet i still managed not to give him solid food before he reach 6 months old. Berbanding Arif Aiman, masa tu aku terkial-kial sebab secara tiba-tiba dia tak nak minum susu masa umurnya mencecah 4 bulan (sejak umur sebulan ku dah campurkan dia dengan FM). Kelam kabut, tak tau nak buat cemana, kesian tgk anak yang kelaparan. Still bf masa tu, tapi disebabkan kurang ilmu tentang penyusuan - ingatkan susu badan tak kering-kering. konsepku salah rupanya. bila dah mula masuk kerja, aku jarang mengepam, kadang-kadang saja. Konsep ini menyebabkan anakku yang tetiba tak nak susu botol dan hanya nak nenen saja kelaparan sebab susu ibunya tak banyak. berat badan dia mula tak naik banyak, and i noticed yang dia mula nak tumbuh his first teeth. Tukar pelbagai susu, tapi masih tak mau. Kebetulan masa tu aku ada kat umah mentua, mak mertua ajarkan satu perkara: bagi air nasi yang tengah mendidih so that dia akan kurang lapar. Aku ikutkan saja sebab tak tau nak buat apa. No experience at all. My mum plak masa tu ada kat mekah, tunaikan haji. tak boleh nak contact dia. So air didihan nasi tu adalah makanan pertama Arif Aiman. Tapi makan tak banyak, mula-mula je dia makan maybe sebab lapar sangat agaknya kot. As far as i remember my hubby takde masa kejadian tu berlaku, ada kursus kot. When my hubby dah balik, we decided belikan dia nestum to introduce him to a solid food. Hmmm... tawakal je la masa tu.

Lepas tu tukar susu, bila kami ke Klinik Faizah, one of the staf kat situ suggestkan beli Anmum infacare. kami pun trial n error la beli susu tu. Quite expensive, walaupun tak semahal mamil gold or enfalac. Alhamdulillah, dia minum sampai la umur setahun. Pasal breastfeed plak, dia cuma nenen up to 6 months je, pastu dia sendiri rela melepaskan nenenku ini. Masa tu kecewa gak sebab dia tak mau, siap gigit-gigit lagi puting. Then baru tau aku pregnantkan Afif masa tu. Sebab tu dia reject susuku kot.


Sepanjang pregnantkan Afif, aku surf-surf gak intenet pasal penyusuan susu ibu ni. But yet, still banyak benda tak paham. Baca saja tak cukup kalau tak experienced it. Bla bersalinkan Afif, aku still tak dapat breastfeed dia sebaik lepas bersalin sebab ceaser. Sepatutnya boleh, tapi tak reti nak handle posisi cemana ngan kesakitan yang amat sangat selepas beberapa jam keluar dari OT. Bersalinkan tengahri, malam tu baru nak ajarkan dia bf. tapi, dia x berapa reti sangat. sket-sket je. nurse tambahkan fm. nurse ajarkan juga cemana nak handle posisi bf kalau baring, and esoknya Afif dah bleh nenen. Berusaha jugak bagi nenen kat dia sebab apa yang aku baca susu pertama yang keluar ialah kolostrum, berwarna kekuningan yang amat penting bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan untuk memberikan dia antibodi pada badannya.

3 hari aku warded, hari ketiga dr dah benarkan aku discaj. tapi, Afif plak kena admit kat wad nicu cause of septic spot. 5 hari di sana. cukup seminggu aku berada di hospital tak balik rumah sekalipun dengan sakit di tempat operate yang cukup payah untuk bangun dan cukup payah untuk baring semula. Pulun bf dia semasa di wad. Takut kuningnya naik. Alhamdulillah, kuning tak banyak, tak increase pun. (ibu-ibu yang membaca, aku amalkan makan buah kurma ye).

Masa dalam pantang, sekalipun aku tak introduce dia ngan susu botol, semata-mata nak melaksanakan misi penyusuan susu ibu ni. Bila balik kg, ada gak suara-suara yang menyuruh aku introducekan anak dengan susu botol, takut baby tak nak minum through botol masa tinggalkan waktu kerja. Tapi aku diam je. Pekakkan telinga. Siap bagi lagi susu kat aku tu. Terima je la. Tapi dalam hati cuak gak takut dia tak nak minum guna botol. Balik dari kg, aku terkial-kial pam. Guna pam lama, pam manual. Lenguh gak tangan, masa tu tak sabar n ilmu tak penuh di dada. Tepon adik aku suh dia survey electric pam kat KL. Ingatkan kat sana banyak stok sebab tu suh dia survey. Tak tau nak suh dia beli jenis apa, beli je la asalkan electric breastpump. Ingatkan sama semua electric bp, tapi tidak rupanya. Aku pakai sekejap je. Mula-mula pakai mmg seronok ye la susu mencurah-curah n kejap je dah penuh sebotol. tapi lama-lama aku noticed dia pam tak habis, terpaksa aku picit ngan tangan plak untuk kosongkan breast. Lenguh la macam tu. Dah la dekat sejam nak habiskan dua-dua breast.

Then aku berkira-kira nak beli Spectra 3. Aku survey kat internet, cari komen pasal S3 ni. Rata-rata yang guna bgtau sangat bagus, senyap, tak bising macam motobot macam pam yang adik aku beli tu. Aku pun tawakal gak beli masa tu dapat offer, ada website tgh buat sale. Ni rupa S3 tu,

yang ni satu corong je. aku tambah beli satu corong lagi so bleh pam both breast skaligus


Berbaloi rupanya guna yang ni. Nyesal tak beli awal-awal, mula-mula sebab pk dia agak berat 1.3kg berbanding yang aku guna b4 tu yang bleh usung dalam handbeg je and bleh mobile lagi guna battery. Hubbyku kata rugi je beli yg dulu, tp aku buat dono je sbb aku guna duit aku. heheh tak ler dia bising sangat.


Sampai sekarang aku pam guna S3 ni, setiap hari lebih kurang 3x aku pam. Susu aku bukan banyak mana pun, tapi ok la nak bagi at least anak aku merasa minum susu ibu masa aku keja. Bawah ni antara contoh hasil tenusuku waktu keja hehehe:


nampak tak kat belakang tu flusk kale biru aku letak dalam tu la ngan chiller supaya susu sejuk smpi aku balik umah (ni hasil tenusu waktu pagi)


ni hasil tenusu waktu tghari (waktu petang pun lebih kurang jumlah ni gak)

Alhamdulillah, masa Afif demam baru-baru ni dia tak mengalami masalah keputusan susu. Sebab dia bergantung ngan nenen ibu dia je sepanjang masa. Kebanyakan baby yang minum susu botol yang masuk wad mesti akan muntah punya lepas minum. Tak tau nape kalau minum susu fm baby akan muntah kalau tak sihat. Alhamdulillah, bersyukur sebab niat aku nak bfkan Afif, dia tak merana sepanjang dia tak sihat. Badan pun makin naik. Ceria je sentiasa walaupun duk kat tmpt lain (nangis waktu kena nebulizer je).


Sampai sekarang aku masih belajar ilmu bab-bab penyusuan ni. Aku sangat suka surf website ni. Forum ibu-ibu yang menyusu:


www.susuibu.com
http://www.sarakids.com/blog


yang lain-lain aku tgk-tgk gitu je nanti pening plak kepala baca macam-macam. Insya Allah aku akan teruskan bf untuk Afif selama yang aku boleh. Dan untuk anak seterusnya harap aku bleh exclusive BF sampai 6 bulan. Insya Allah...

p/s: thanks to my friend, Aida Adha yang banyak ajar aku ilmu selok belok BF ni hehehe

2 comments:

  1. seronok bace psl bf ni. aku pun teringin gak nk fully bf kalo ade second baby.......nnt aku leh blajo ngan ko ye wan....

    ReplyDelete
  2. bleh aida. no problem. kita belajar sama-sama ye

    ReplyDelete