Sementara nak tunggu waktu makan, (nasi dah beli, jap agi la makan) teringin nak tunjuk anak-anakku pakai cloth diaper a.k.a CD. Mesti korang tertanya-tanya amenda la CD ni ek? kain lampin biasa ke? Camtu ler kemusykilan yang aku rasa masa mula-mula kenal CD ni. Surf punya surf n tanya beberapa orang yang dirembat sesuka hati dalam forum, dapat la jawapannya. CD ni mmg lampin yang boleh dibasuh, cuma bezanya ngan kain lampin biasa yang kita guna tu. Kadar serapannya sangat jauh la berbeza. Kalau pakai kain lampin, tak sampai satu jam dah nak kena salin, kadang a few minutes kita pakaikan pun dah basah. Nak kena ganti. CD tak begitu ye kengkawan. Dia bleh amik alih tugas diapers biasa yang kita buang hari-hari tu (ku guna istilah pampers ye). Instead of one hour, dia bleh serap kebasahan macam pakai pampers. Cuma bezanya boleh basuh, tak perlu pakai buang. Kan membazir duit pakai buang tu. Dah ler bila buang yang ada poo-poo tu confirm bakul sampah bau ashem-ashem ye tak?
Aku baru je ngumpul CD ni. Try beli masa umo Arif Aiman bape bulan ntah. 10 bulan kot gtu. Masa tu beli 1 je. Rasa cam best ku tambah 1 lagi. 1st brand yang ku beli Kasihku Sayangku through website http://www.kasihkusayangku.com/. Baru-baru ni ku terjumpa seseorang yg ku kenali sebagai Haza di forum susuibu.com dan ku bertanyakan hal perihal CD ni padanya. So ku order lagi 2 darinya (brand Lunatots) sebagai tambahan. Quite ok daripada brand KS tu, ku pun order lagi bila Haza buat offer package deals. (http://sri-suri.blogspot.com/) Rembat je la...
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang membaca, nak beli sekeping CD ni agak mahal ye. CD Lunatots yang ku beli berharga RM49 sehelai (with 2 inserts). Memang rasa ralat gak nak beli pada mulanya takut hasilnya kurang memuaskan. Tapi trial n error gak la ye. Belum cuba belum tahu. Melabur la sket untuk masa depan. Skrg ni ku dah ada 12 keping CD Lunatots + 2 CD KS. Total ada 14 keping. Jadi la dulu buat sementara waktu ni. Nak guna 100% CD tak termampu la eden lagi sebab ada 2 org si kecik ni kan...
Tapi, meh kita berkongsi pasal pelaburan menggunakan CD. (Hubbyku pada mulanya ralat juga bila ku beli lampin mahal ni. Tapi, dia x kisah pasal duit aku hehehe). Aku belikan anak-anakku pampers Huggies Dry. Satu peket harga lebih kurang RM36. (Kadang dapat harga murah lagi.Tapi tu la harga purata dia). Ikut size plak jumlah quantitinya. Kalau size M (yang ku pakaikan kat adik) ada 84 keping ( i noticed package baru 80 keping jek.huh!!!) size L untuk abang 72 keping (akan berkurang lagi kalau package baru). Sekeping pampers jatuh pada harga RM0.50 untuk size L. (apa la sangat yer RM0.50 tuh). Dan untuk mendapatkan sekeping CD bersamaan 98 keping pampers. (kan ku dah kata mahal harganya). Tapi kan ku fikir positif side. Sepeket pampers without pakai any lampin bleh tahan selama 2 minggu lebih je. So dalam sebulan lebih kurang 2 peket pampers. Ish pening kepala type cam gini. Meh aku type secara sistematik:
1 keping CD = RM49 (pakai n basuh n bleh pakai lagi)
1 keping pampers = RM0.50
1 bulan = 140 keping pampers = RM70 (pakai n buang)
1 tahun = RM840 (seorang) ku ada 2 orang anak = RM1680
(huhuhuh.. banyaknye duit habes!!)
katakan pakai CD 7 lai sehari. katakan setiap sorang ada 14 lai. total harga = RM1372
ni untuk kugunakan sepanjang diorg menggunakan diapers. Bleh berjimat sebnyk RM380.
banyak jugak tuh. yang penting jimatkan space tempat pembuangan sampah! yeay.....
ni gambar-gambar anak-anakku berposing masa ku pakaikan CD. Sila lihat ye :)
Afif ibu bagi pakai kale kuning. Cuba lihat tangannya bergerak-gerak, dah mula buas bila nak ku pakaikan lampin nih
sengih macam kerang busuk hehehe. suka berposing macam ni
tgk posing membontoti ibu plak
ni snap masa adik tgh tdo. Nak highlightkan wording tu je hahaha
Afif skg suka tdo niarap camni
No comments:
Post a Comment