Thursday, 9 July 2009

Kepenatan

Dah lama tak mencoret sesuatu di sini. seminggu lebih berada di terengganu bulan lepas, balik je ada kursus seminggu. then a week after minggu orientasi new students, this week dah stat kelas. huish, cepat sungguh masa berlalu. kat rumah pun kelam kabut. tak sempat nak ngemas bagai. last week balik sp, emergency. abah sakit. ujung minggu ni plak ayah ajak pegi langkawi. selasa - khamis depan ibu dah nak kena gi KL... huhuhu nak kena tinggalkan si comel ibu 2 orang tu. nasib baik nenek & uncle mat sudi datang tolong ibu jaga anak-anak ibu yang comel nih. kalau tak, pening kepala ayah gamaknya hehehe.

last week on sunday, ibu dapat berita yang mengejutkan. one of our technician ditemui meninggal dunia dalam bilik air. tragis sungguh cerita yang ibu dengar dari kawan-kawan opis yang mengunjungi rumah mendiang bagi memberi penghormatan terakhir buat beliau. ceritanya begini....

mendiang Mr Phang mostly every weekend akan balik ke ipoh, naik bas. lepas opis hour hari jumaat, malam tu dia naik bas ke ipoh n of course tgh malam smpi sana. on the way back balik umah dia, (he usually walking to his home ~ about 15 - 20 min walk), beliau dikatakan diragut & dipukul. based on tiada apa yang ada pada beliau (wallet, handset, even beg baju pun takde).. polis buat assumption yang beliau dirompak. mendiang mr phang sangat kental orangnya. cekal sekali menghadapi saat-saat terakhir seorang diri, gagahkan diri pulang ke rumah berjalan kaki dalam keadaan sakit. tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada dirinya sehinggalah isterinya (isteri beliau berada di USM - kerja di sana) telefon tapi tak dijawab. Risau memikirkan sesuatu berlaku pada suaminya, saudara yang berdekatan dihubungi. apa yang ditemui hanyalah jasad mr phang terbujur kaku dalam bilik air.

itu cerita yang kami dengar dari pihak keluarga mendiang. sedih, pilu mengenangkan cerita ini. beliau sangat baik, hormat orang lain, banyak membantu walaupun ibu jarang sekali bertemu dia.

kuliah sudah bermula. semester ni, buat pertama kalinya ibu akan mengajar dalam kuliah. rasa risau, cemas, takut apa yang ibu akan sampaikan tak difahami oleh student. keadaan agak kelam kabut sedikit memandangkan mereka informkan perkara ini beberapa hari sebelum minggu kuliah bermula. but, i do set my mind insya Allah boleh. :)

k till we meet again in next entry. so bz lately....

No comments:

Post a Comment