Monday, 23 November 2009

17 November 2009 ~1st Birthday Afif Ashraf~



Akhirnya pejam celik dah setahun rupanya ibu membesarkan anak ibu yang lasak ni. Tak terkejar tangan kaki ibu selama membesarkanmu. Hehehe. Alhamdulillah, selepas bertarung selama sejam di operation room [ibu tak tenteram 1st time masuk OT, ayah di luar susah hati dengar kenyataan dari doctor], Afif selamat dilahirkan. Merungkaikan segala keresahan di hati, tatkala ibu dengar tangisan pertama anak ibu. Hati masih berdebar-debar, selamatkah anak ibu setelah doctor menyatakan keadaan anak ibu tidak berapa stabil sebelum ibu dimasukkan ke OT. Ketakutan pembedahan hilang begitu saja, perasaan ingin tahu keadaan anak yang dilahirkan semakin mendesak. Berkali-kali ibu tanyakan doctor baby selamat tak? Baby selamat tak? Bila doctor kata semuanya ok, ibu rasa lega. Tapi masih tak puas hati, ibu tanya lagi nurse, nurse meyakinkan ibu dengan jawapan yang sama. Anak ibu ditunjukkan pada ibu, comel... comel macam abang dilahirkan dulu.. Alhamdulillah... ibu lega sayang.. Anak ibu lahir sihat walafiat. Ibu lega bila telahan doctor tidak menjadi kenyataan. Kalau la apa yang doctor katakan itu benar-benar berlaku, ibu tak tau apa yang akan berlaku pada ibu pada masa tu.

Afif Ashraf - Newborn




Afif Ashraf - 1 year old

No celebrating for Afif at home. Just bought a cake and give to nursery. Hehehe. Maklum la, ayahnya takde, outstation.

Tapi yang bestnya, pagi-pagi bangun kul 5 am, bergelak-gelak tak mau tido dah smpi waktu dia kat nursery. Macam tau-tau je birthday dia hari tu...

No comments:

Post a Comment