Monday, 31 January 2011

First teeth & First Solid Food!

Gigi pertama muncul, hampir menginjak 6 bulan.. Patut laa asyik meragam sahaja sejak dua menjak. Demam pulak tu. Tengok-tengok gigi nak tumbuh. Sebatang kat bawah. Sekrang pun tak berapa nampak lagi, tapi bila dia menggigit sewaktu menyusu, ya ampun.... boleh menjerit saya (bukan boleh, memang menjerit pun!) Sampaikan bila saya kata sakitnya, Arif Aiman atau Afif Ashraf datang, "Awat ibu?" Hehehe.. Concern sungguh abang-abang Cha ni. Nak snap gambar pun tak berapa nampak. Lagipun bila keluarkan kamera mula laa ada yang datang mengacau!

Saya juga dah introducekan Cha pada bubur nasi. Weekend lepas, sebab duk tengok dia asyik memerap sahaja sampai saya tak sempat nak masak pun saya suapkan dia biskut Rusky tu (walaupun niat takmo bagi biskut @ nestum)... Makan dengan lahapnya anak daraku sorg nih. Petang tu, baru saya masakkan bubur nasi + ikan temenung + carrot. Test power slow cooker yang saya beli khas untuk buat bubur nasi Cha (padahal bulih je masak atas dapur, tapi kes malas nak tunggu takut hangit, campak je dalam slow cooker, tunggu selepas 2 jam, off!).. Saya blendkan semua sebab bubur tu tak hancur pun. Kadang rasa rugi lak masak guna slow cooker, buh 1 sudu makan je. Tak berbaloi! hahahaha, tu laa ngade-ngade beli sape suruh! (ala, dah beli guna je laa)

Pagi ni saya bangun kat kul 5 pagi, campak-campak semua tu. Ari ni tambah kubis bunga. (Bangun pun sebab Arif Aiman terjaga nak kencing). Tinggalkan 2 jam, kul 7 am saya tutup. Lepas tu blendkan masuk dalam flask dan bawak bekal pagi tadi. Kalut-kalut gak pagi tadi sebab bangun pun lewat heheheh..

Oh ya, saya jumpa 1 blog yang menarik juga pasal penyusuan susu ibu dan solid food untuk dijadikan rujukan. Boleh refer ke http://ibucergas.com/category/solid-food/. Untuk solid food juga, boleh refer ke link ini : http://www.wholesomebabyfood.com/

Misi solid food : NO nestum! Nature food only!

Journey of Breastfeed @ 6 Months!

Alhamdulillah... Usaha untuk breastfeed adik Cha tanpa bekalan susu formula berjaya! Bukan senang nak sampai ke tahap ini. Pengalaman demi pengalaman + ilmu perlu dicari dan dikongsi bersama. Keywords : niat + usaha. Niat tu perlu sejak dari zaman kehamilan lagi, sebab kalau dah bersalin baru terfikir nak BF agak kucar kacir sikit sebab perjalanannya bukannya mudah, tak bermakna ianya remeh. Usaha itu yang paling penting, tanpa usaha misi takkan tercapai. Walaupun saya bukan pengepam yang tegar, hanya pam sewaktu di office saja (kat rumah tak sempat laa...) Kronologi menyusukan Aliya Arissa :

Day 1 :
Sebaik dikeluarkan dari rahim ibunya ini, nurse bersihkan dan letakkan Arissa atas perut ibu. Bonding antara anak dan ibu dah bermula, walaupun ibu terketar-ketar kaki menahan sejuk aircond. Anak yang menangis terus tersenyap bila bersentuhan dengan ibunya. Kagum kan! Teringin nak minta nurse tolong saya susukan baby waktu itu juga, tapi sebab saya tak tahan sejuk sangat sampai terketar-ketar kaki, baby dibalutkan dan diletakkan dalam baby cot sementara proses selepas melahirkan dilakukan. Saya hanya menyusukan baby selepas ditransferkan ke wad selepas bersalin. Amazingly, baby can direct feed from my breast. Pengalaman mematangkan diri ini macamana nak handle baby selepas bersalin. Berbeza dengan abang-abangnya, saya bagi juga pada nurse untuk disusukan (of cos laa susu bancuh ye) sebab tiada pengalaman. Arif Aiman menyusu juga, tapi saya tak berapa pandai handle. Afif Ashraf kelaparan, tapi saya tak berdaya untuk menyusu secara terus menerus sebab ceaser. Alhamdulillah, untuk Aliya Arissa saya berjaya selepas kedua-dua kelahiran yang saya tempuhi.

Day 30:
Start memerah sikit-sikit, walaupun tak banyak. Patutnya dah boleh perah lama dah, tapi biasalah cara nak handle stok susu banyak-banyak pun tak berapa reti lagi. Sebab masa Afif dulu cukup-cukup makan je. Ada laa stok susu sikit-sikit. Sekarang ni pun masih surf isu penyimpanan dan cara nak handle stok susu beku. Masih belajar ye! Stok susu alhamdulillah, ada laa walau bukan mewah. Kalau saya consistent memerah dari umur sebulan - 2 bulan, rasanya susu boleh produce banyak kut sebab guna pakai konsep supply vs demand.

after 60 days up to now:
Hari-hari saya mengepam 3 kali sehari. Ada laa ketika bila ada meeting ke, ada kerja lain ke, jadualnya lari dari 3 sesi kepada 2 sesi ke... Hasil yang dapat bukannya banyak mana pun, memang cukup-cukup makan untuk Aliya Arissa. Sebab itu, saya tekankan di atas, kalau betul-betul nak kumpul stok, start laa masa umur sebulan (masa ni susu dah konsisten), kalau awal pun boleh juga lagi bagus sebab susu akan sentiasa produce (sebab tu ada ibu-ibu yang susunya banyak - bila tengok diorg ni start proses mengepam awal). Ada masa Aliya Arissa akan minum 5 botol (mula-mula saya letakkan 80ml setiap botol, selepas tu upgrade kepada 100ml ~ berpeluh gak nak naikkan lagi 100ml lagi tuh!).. ada masa dia akan minum 4 botol. Bulan ni sikit plak, 3-4 botol saja. So bila ada lebih hari tu, saya akan buat stok laa...

Bab supplement, saya memang tak ambil apa-apa supplement untuk tambahkan susu badan buat masa ini. Ada laa beli kurma kering + longan kering kat kedai sensei. Kadang makan kurma. Tapi apa yang saya nampak, barli suam memang akan increase production. Makan pun kena banyak, walaupun saya rasa berat badan dah meningkat.. Demimu anakku, ibu terpaksa laa gemuk seketika huhuhuh...

Saya akan cuba berusaha lagi selepas ini untuk mencapai misi 6- 12 bulan pula. Sekarang dah start solid food, tak bermakna saya perlu kurangkan sesi perahan. Takut susu akan berkurang tatkala saya perlu berusaha menggantikan puasa selama 31 hari huhuhu....

Thursday, 6 January 2011

5 months already


Yeay! Saya sudah boleh meniarap dan bergolek-golek dengan jayanya! Tapi, golek sekejap-sekejap je. Pastu mula la berbunyi-bunyian, bising satu rumah suruh angkat dia sebab dah bergolek atas lantai instead of toto kecik tu. Cik mek ni suka senyum pastu godek-godek badan dia. Perkembangan fizikal, dah mencapai 6.8kg bulan ni. Masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Tunggu sebulan je lagi nak masuk ke fasa memperkenalkan pepejal kepada bayi. Time makan, mulut terkumat kamit macam la dia makan jugak. Sorry ye sayang, ibu tunggu Arissa genap 6 bulan baru boleh nak introduce makanan. kadang-kadang ayahnya bagi gak rasa sikit-sikit hehehe.

Waktu malam, ibu tak boleh buat kerja banyak. Lepas magrib confirm tidur sekejap selepas bebal-bebal sorang diri. Time orang nak stat makan, mula la dia bangun dah, teriak tak sangka. Sampai ibu nak makan pun tensen-tensen huhuhu. Kesian kat abang-abang sebab kena suruh makan cepat-cepat, sampai ibu tak sempat nak suap lama-lama kat diorang.

Cik mek ni jugak dah pandai buat muka masa nak hantar pagi-pagi. Dia dah tau ibu dia akan tinggalkan dia kat situ. Waktu balik ambil, tergodek-godek nak pi kat ibu hehehe

bersama-sama "ulat gonggok" ABC

Tuesday, 4 January 2011

Aquaria KLCC, Zoo Negara

Fuh, berpeluh kami sekeluarga menapak ke Kuala Lumpur 2 minggu lepas hehe. Alkisahnya, perjalanan yang tak dirancang ini disebabkan en.suami perlu menghadiri mesyuarat di sana. Mesyuaratnya tak lama pun, 3 jam je.. Selebihnya meronggeng laa. Sebab diri ni dah lama mengajak beliau berjalan-jalan di KL, kesempatan ni digunakan sepenuhnya (walaupun penat mengemas + penat lepas exam PTK + nak kena siapkan assignment PTK smpi nak termuntah ~ hampir-hampir menarik diri untuk pergi ke KL hehehe)

4 hari 3 malam kat sana, berpeluh poket jugak :). Pagi-pagi lepas en.suami bergerak ke tempat meeting, kami berlima beronggeng di sekitar jalan masjid india (saya bawa adik ipar bersama untuk menjaga hero2 itu). Tak lama pun shopping, sempat merembat 2 helai tudung & 2 pasang kain je. Tak boleh nak jalan merata, hero-hero mudah bosan dan mula menunjukkan aksi-aksinya.

Petangnya, bawa anak-anak naik LRT ke KLCC. Seronok dan teruja tp malangnya perjalanan ke KLCC tak nampak apa-apa, gelap gulita hehehe. Kononnya nak ke Petrosains, tapi sampai pun dah pukul 4pm, plus tiket sold out @2pm lagi! Musim cuti, cepat sungguh tiket sold out. Anak-anak dah kepenatan, hampir-hampir terlena sambil berjalan. Saya decide ke Aquaria (korbankan sikit duit, kesian kat anak-anak jalan-jalan tak dapat apa-apa) Berpeluh jugak nak ke sana, sampai kena dukung kanak-kanak tu sebab keletihan. Sampai je sana, nampak fish terus teruja, hilang ngantuk! Lega kami tengok.. En.suami pun nampak macam surrender mula-mula tgk keadaan anak-anak yang tak bermaya. Malangnya tiada shot dalam Aquaria sebab saya terlupa bawa kamera, hp camera x syok xde flash. Entrance fees : RM35 adult, RM24 child (3 years & above).


dapat laa snap gambar lepas keluar dr KLCC, otw nak ke stesen LRT plak

Esoknya, ada orang request nak ke Zoo Negara. Nasib ada encik GPS yang menolong. Sampai sana, punyalah ramai manusia, cuti Krismas la katakan. Beratur panjang nak masuk. Yang Along plak sibuk nak buang air.. Adeiii... Tertekan gak masa tu, takut dia tercirit dalam seluar. Nasib baik sempat, terus berlari-lari ke toilet.

Along seronok dapat topi zirafah

Posing sementara tunggu Along berhajat

Adik Cha pun ok lagi pagi-pagi ni

Sementara menunggu ayah cari map zoo, tak tau nak start dari mana. tengok tu, adik Cha masuk sling je terus lena

seronok duk tengok haiwan-haiwan di bawah ini:

zirafah makan secara berjemaah. banyak zirafah di sini berbanding di Zoo Taiping

Elephant ni very friendly. Siap nak sua belalai dia lagi tapi tak sampai

Arissa lena sepanjang 2 jam dalam zoo

muka penat tapi excited lepas habis round. kitorg yang entertain diorg yg ipenat, tak larat nak jalan dah


Arissa muka monyok-monyok baru bangkit lena

Entrance fee ke Zoo Negara RM20 (adult) dan RM6 (Child 3 years & above). Seronok cuti bawak anak-anak jalan-jalan menikmat keindahan flora dan fauna. Thank you en. suami sudi bawa kitorg jalan-jalan round-round walaupun poket berasap gak hehehe. Tahun ni kita plan pegi jalan-jalan kat tempat lain plak ye.