Wednesday, 5 August 2009

Update Perkembangan Si Kecilku

Afif dah masuk 8 bulan. Arif will turn to 2 years end of this month. Cepatnya masa berlalu. Dah lama tak update. Ibu tak dan duk depan pc lama-lama. Afif sekarang makin ligat. Huish, aktif dan lasak sungguh anakku itu. Lately, dia dah pandai tonggeng2 bontot, gayut kat ayah dia sambil nak lepas-lepas tangan. Merangkak belum lagi. Arif plak makin lama makin kuat merajuk, tegur sikit mula la buat aksi telentang atas lantai. Tak kira di mana jua. Kedai, umah orang, atas rumput. Haish.. geram sungguh ibu ngan ayah ngan perangai dia ni. Ntah nape ntah makin menjadi-jadi perangainya. Adui anakku...

Selalu adik jadi mangsa buli abangnya. Tak leh adik nak sentuh barang abang, mesti nak ketuk-ketuk kepala adik. Time kena sikit adik terpinga-pinga la, time kena teruk meraung la si adik. Bila time main, pandai la plak dia main aci cak ngan adik sampai adik gelak sakan.

Bila time salah sorang tdo, ada la tukang nak tolong gerak. Kalau adik tdo, abang tolong gerak. Pagi-pagi kalau dia bangun dulu mesti dia gerak adik dia. Ayat dia bunyi gini "Adik... ngun.. olah" (adik, bangun, pegi sekolah)... pandai plak dia kejut adik camtu. kadang bila abang tdo adik plak sibuk nak kacau abang sampai kadang-kadang ibu cepat-cepat tarik adik sebab takut abang meraung sakan payah nak pujuk...

Ku upload sket gambar-gambar terbaru si kecikku ini.

ni masa kat hotel kat langkawi

posing atas moto abang

tengok tu ku cepat-cepat snap gambar adik tgh gayut [hasilnya sedikit blurr]

Mode H1N1


sana sini cerita pasal H1N1. serius, takut dan gerun bila dengar berita kematian kes ini. cepat betul merebak. ku yang ada anak kecik apatah lagi. nak gi mana-mana pun risau. paling haru dengar berita kematian ke-8. seorang ibu muda baru bersalin 2 minggu jadi mangsa. kesian si kecik itu. tak sempat nak rasa dakapan belaian ibunya. moga si kecik tu selamat hendaknya dan membesar dengan sihat.

last week pegi jusco perda, bukit mertajam. dinasihatkan balik. ku yang berangan nak cari kasut baru tak jadi round2. just sempat beli 2 lai seluar slack je. tu pun sib baik sbb mmg kat gnd floor. masuk kut pintu situ. sian ayah, penat drive jauh-jauh dengan kaki sakit dan badan x sihat. isnin ayah makin x sihat. batuk teruk. ku risau lagi pasal kes ni. pegi klinik, dr check ada simptom radang paru-paru. suhu badan 37.5 deg, diberi MC 3 hari. lagi susah hati ku mendengar. hanya berdoa moga hubbyku recover cepat-cepat.

p/s: moga wabak ini tidak menular dengan cepat. setiap hari susah hati bila dengar ada kes baru. huhu~

Thursday, 9 July 2009

Kepenatan

Dah lama tak mencoret sesuatu di sini. seminggu lebih berada di terengganu bulan lepas, balik je ada kursus seminggu. then a week after minggu orientasi new students, this week dah stat kelas. huish, cepat sungguh masa berlalu. kat rumah pun kelam kabut. tak sempat nak ngemas bagai. last week balik sp, emergency. abah sakit. ujung minggu ni plak ayah ajak pegi langkawi. selasa - khamis depan ibu dah nak kena gi KL... huhuhu nak kena tinggalkan si comel ibu 2 orang tu. nasib baik nenek & uncle mat sudi datang tolong ibu jaga anak-anak ibu yang comel nih. kalau tak, pening kepala ayah gamaknya hehehe.

last week on sunday, ibu dapat berita yang mengejutkan. one of our technician ditemui meninggal dunia dalam bilik air. tragis sungguh cerita yang ibu dengar dari kawan-kawan opis yang mengunjungi rumah mendiang bagi memberi penghormatan terakhir buat beliau. ceritanya begini....

mendiang Mr Phang mostly every weekend akan balik ke ipoh, naik bas. lepas opis hour hari jumaat, malam tu dia naik bas ke ipoh n of course tgh malam smpi sana. on the way back balik umah dia, (he usually walking to his home ~ about 15 - 20 min walk), beliau dikatakan diragut & dipukul. based on tiada apa yang ada pada beliau (wallet, handset, even beg baju pun takde).. polis buat assumption yang beliau dirompak. mendiang mr phang sangat kental orangnya. cekal sekali menghadapi saat-saat terakhir seorang diri, gagahkan diri pulang ke rumah berjalan kaki dalam keadaan sakit. tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada dirinya sehinggalah isterinya (isteri beliau berada di USM - kerja di sana) telefon tapi tak dijawab. Risau memikirkan sesuatu berlaku pada suaminya, saudara yang berdekatan dihubungi. apa yang ditemui hanyalah jasad mr phang terbujur kaku dalam bilik air.

itu cerita yang kami dengar dari pihak keluarga mendiang. sedih, pilu mengenangkan cerita ini. beliau sangat baik, hormat orang lain, banyak membantu walaupun ibu jarang sekali bertemu dia.

kuliah sudah bermula. semester ni, buat pertama kalinya ibu akan mengajar dalam kuliah. rasa risau, cemas, takut apa yang ibu akan sampaikan tak difahami oleh student. keadaan agak kelam kabut sedikit memandangkan mereka informkan perkara ini beberapa hari sebelum minggu kuliah bermula. but, i do set my mind insya Allah boleh. :)

k till we meet again in next entry. so bz lately....

Monday, 1 June 2009

ASQED 2009

petang Jumaat, ibu dapat call dari opismate bgtau ibu terpilih untuk menyertai symposium kat KL nih. Weekend balik SP, so ibu tak berpeluang nak intai-intai email yang dimaksudkan tu. pagi tadi ibu check email, ni la email yang ibu dapat:



15 - 16 Julai 2009. Lambat lagi, tapi ibu dan ayah dah runsing-runsing dah. Cemana ngan Afif ye?? Ibu takde solutions lagi sekarang ni. Hari ni malas lagi nak fikir pasal tu. Biaq pi la dulu!!